Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Tak Perlu Bandingkan Cara Kerja Saya Di Dunia Hiburan & Business” – Tokti Beri Teguran Kepada..

today5 April 2021

Background

Lumrah kehidupan sebagai selebriti sememangnya tidak akan lari daripada kecaman netizen. Ada saja perkara yang akan menjadi buah mulut netizen, meskipun perkara yang dipersoalkan hanyalah sekecil zarah. Meskipun kadang kala selebriti tanah air kita tidak melakukan apa apa kesalahan, namun jika perkara itu buruk di mata netizen, mereka rasa ada kuasa untuk mengecam. Selebriti pun manusia juga ada hati dan perasaan yang perlu dijaga.

Terbaru, penyanyi wanita nombor satu di Malaysia, Dato’ Seri Siti Nurhaliza atau lebih dikenali sebagai Tokti meluahkan perasaan kesal dan kecewa di akaun Twitter rasminya. Menerusi ciapan tweet beliau, Tokti menegaskan setiap orang mempunyai cara bekerja yang berbeza dan tersendiri. Tidak semestinya setiap team yang bekerja di bawah satu payung akan membuat perkara dan lenggok yang sama.

Lain daripada itu, meninjau di thread ciapan tersebut, Tokti turut memberi nasihat kepada pengikutnya agar tidak mudah menjatuhkan dan memperlekehkan produk-produk keluaran beliau. Tokti turut menekankan bahawa setiap pekerjaan yang dibuat, segala keputusan akan berakhir di pihak Tokti dan bukan berakhir pada pihak team beliau. Hasil tangan orang semuanya berbeza dan untuk menghasilkan sesuatu produk itu tidak mudah. Sewajarnya team Tokti diberikan penghargaan dan dihormati.

Ha, agaknya kenapalah Tokti berbunyi sehingga begitu sekali kan? Netizen ni ada saja perkara yang tidak kena di mata mereka. Bukankah lebih indah dunia ni jika kita semua menghargai setiap keluaran produk Malaysia?

Penulis: Aqilah Paharuzi

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Hadir Perkahwinan Anak Kris Dayanti, Netizen Puji Presiden Jokowi Dilihat Patuh SOP Sepanjang Majlis

“Macam Aktiviti Santai-Santai Sahaja Di Langkawi…”- Polis Mahu Panggil Neelofa & Suami

Sumber: Twitter TokTi

Written by: Adinna


Previous post