Connect with us

Hiburan

“Tak Launch Lagi Free Marketing Dah Gegar Satu Negara” – Neelofa Komen Isu ‘Outlet’ Di Langkawi

Hari Ini, Neelofa, melalui akaun Instagramnya story membuat kenyataan seakan-akan menjawab spekulasi yang sedang hangat di media sosial. Menurutnya, hebahan yang berlaku seperti pemasaran percuma buatnya.

Published

on

Surat kenyataan rasmi yang mengatakan Neelofa dan Haris Ismail ke Langkawi atas pembukaan cawangan baru Chatime menjadi buah mulut wargamaya apabila pihak Chatime Malaysia melalui laman akaun Twitter dan Facebook, memadam posting berkenaan.

Menurut spekulasi wargamaya, pihak Chatime dan Neelofa menyalahgunakan surat rasmi atas urusan peribadi. 

Malah, terdapat segelintir wargamaya yang menyatakan bahawa Chatime tidak bertindak secara professional dalam menangani isu ini. Hm, apakah sebenarnya yang berlaku?

Hari ini, Neelofa, melalui akaun Instagramnya story membuat kenyataan seakan-akan menjawab spekulasi yang sedang hangat di media sosial. Menurutnya, hebahan yang berlaku seperti pemasaran percuma buatnya.

Beliau mengesahkan bahawa pembukaan outlet Chatime baharu akan dibuka di Langkawi dan meminta supaya orang ramai bertenang. 

“Bertenang semua  di luar sana..tak launch lagi free marketing dah gegar satu negara..syukur rezeki Allah atur, now berjuta orang tahu outlet Chatime saya akan dibuka di Langkawi..”

Sebelumnya, beliau telah memuat naik gambar kad yang dikirimkan daripada pihak Chatime yang mengandungi ucapan gembira di atas kolaborasi mereka. 

Setakat ini kita masih menunggu kenyataan rasmi kedua-dua pihak  dan pengumuman tarikh pelancaran yang bakal diadakan. Apa pun, moga dipermudahkan urusan perniagaan Neelofa. 

Penulis: Danisha Dalily

Baca juga:

“Dek Kerana Backup Artis Kayangan, Habis Bisnes Diboikot..”- Kenyataan Rasmi Lawatan Kerja Neelofa ke Langkawi Dipadam?

“Tak Payah Tunggu Neelofa Untuk Rasai Halawatul Iman” – Peminat #LofaRiz Terlalu Taksub?

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di