Connect with us

Hiburan

“Tadi Makan, YDPA Agong Disuapkan Permaisuri Raja..” Ebit Lew Terharu Agong Sempat Belanja Makan

Untungnya YDPA belanja makan!

Published

on

Siapa tidak kenal dengan seorang pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang kini namanya sering disebut-sebut kerana sentiasa ada apabila bantuan diperlukan. Jika ada individu yang memerlukan pertolongan, selalunya dialah yang akan yang pertama tiba dan sedia membantu. Tidak hairanlah ramai rakyat Malaysia gemar dengannya kerana sifat pemurah dan sentiasa berkongsi rezeki. Buat masa kini Ustaz Ebit Lew dilihat semakin rancak memberi bantuan kepada mangsa banjir di Pahang.

Oleh itu, semalam Ustaz Ebit Lew telah menerima satu rezeki yang tidak disangka. Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa terharu dan sebak apabila selepas selesai misi bantuan dia dibelanja makan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan sempat beramah mesra dan bertemunya di Temerloh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Menurut perkongsiannya, kejadian yang berlaku adalah secara kebetulan dan ia turut disertai Raja Permaisuri Agong, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di sebuah restoran yang menyajikan ikan patin di sana. Wah! Bukan senang dapat jumpa Agong dan Permaisuri kita ya..

Ustaz Ebit Lew merasakan sangat malu kerana dari mula sampai akhir Tuanku YDPA memberikan layanan yang sangat mesra sehinggakan meminta dirinya untuk membacakan doa makan. Beruntungnya! Ustaz Ebit Lew turut menyatakan bahawa Tuanku YDPA mengucapkan terima kasih berulang kali atas bantuan yang telah diberikan namun Ustaz Ebit Lew berkata bantuannya itu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan bantuan yang diberikan oleh Tuanku YDPA.

Ustaz Ebit Lew juga sempat berkongsi rasa kagum dengan kemesraan Yang di-Pertuan Agong bersama Raja Permaisuri Agong. Ketika melihat situasi itu, Ustaz Ebit Lew berkata dapat merasakan kasih sayang dan cinta kuat antara Tuanku YDPA dan Permaisuri Agong.

Betullah kata orang, jika kita sering berbuat baik sesama manusia, banyak ganjaran yang baik menanti! Apa yang penting, bantuanlah sekadar yang mampu dan janganlah kita menantikan pulangan semula. Mana tahu selepas ini kita pula yang memerlukan bantuan betul tak?

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Rupanya setiap hari mak dan anak ini melihat video saya di FB..” Ebit Lew Ajar Keluarga Penjual Buah Ucap Syahadah

“Pegang tangan dan berbual-bual terasa best sangat..” Ustaz Ebit Lew Luah Rasa Rindu

 

 

 

Sumber: Instagram Ebit Lew

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di