Connect with us

Hiburan

“Suara Masih Padu” – Tidak Berhenti Jadi Penyanyi, Ramai Puji Suara Suhaimi Saad Padu Nyanyi Lagu Rock

Sedap Suhaimi Saad bawa lagu yang bukan genre nasyid…

Published

on

Terdahulu, Suhaimi Saad (SS) memilih jalan untuk meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid untuk dirinya sendiri. Selain itu, SS juga meminta orang ramai terutama pengikut media sosialnya untuk tidak menggelar dirinya sebagai seorang Ustaz. Ekoran daripada kenyataan ini, ramai yang sangka SS sudah meninggalkan dunia nyanyian. Bagaimanapun, kenyataan tersebut hanya merujuk kepada di sebagai penyanyi lagu nasyid dari kumpulan In-Team sahaja. 

Menerusi perkongsian video di Instagram miliknya, dapat dilihat SS kembali menyumbangkan suaranya kepada para pengikutnya di situ. Bagaimanapun, berbeza dengan genre muzik yang sering dia dendangkan dahulu, video tersebut memaparkan SS menyanyikan lagu genre Rock. Memang lain daripada lain!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suhaimi Saad (@mosusofficial)

Baca juga: “Haters, Sila Berambus..” – Suhaimi Saad Berhenti Jadi Penyanyi Dan Minta Jangan Dipanggil Ustaz

Dalam pada itu, para pengikutnya di Instagram memuji suara mantap SS yang masih padu. Ada yang menyatakan juga sewaktu bersama kumpulan nasyid In-Team, suara SS lah yang paling sedap. Memang rata-rata akui SS juga boleh dendangkan lagu dalam genre yang berbeza. 

Sementara itu, terdapat segelintir yang mencadangkan agar SS dimasukkan ke dalam salah satu program nyanyian. Nampaknya masih berbisa SS dan masih punya peminatnya tersendiri. Walaupun sebelum ini sering dihimpit kontroversi dek kerana pendiriannya terhadap sesuatu perkara, namun bila masuk bab nyanyian tidak boleh dinafikan SS memang boleh bernyanyi dengan baik. 

Baca juga: “Selagi Ada Orang Makan Telur Penyu, Benda Ni Akan Jadi” – Mat Dan Seru Henti Eksploitasi Penyu Di Terengganu

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di