Connect with us

Hiburan

“Sis! We Are Always Support You. Hidup Neelofa!” – Sajat Puji Pendirian Neelofa

Sajat kasihankan Neelofa yang seakan di dengki oleh orang ramai dan berharap Neelofa kekal tenang.

Published

on

Sebelum ini tular pujian daripada pelakon, Mawar Rashid yang dilihat seperti ‘menangkan’ selebriti kontroversi Noor Neelofa, kini timbul pula pujian baru yang melibatkan usahawan kosmetik sensasi yang dikenali dengan nama Nur Sajat. Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG Story), Sajat menyatakan sokongannya terhadap Neelofa secara umum selepas nama Neelofa sering disebut-sebut berikutan isu rentas negeri dan tidak patuhi prosedure operasi standard (SOP) baru-baru ini.

Perkongsian daripada pemilik nama Muhammad Sajjad Kamaruzzaman itu memuji tindakan Neelofa yang kekal teguh dengan pendiriaannya walaupun sedang dilanda kontroversi dan kecaman hebat daripada netizen. Tambah Sajat, dia kasihankan Neelofa yang seakan di dengki oleh orang ramai dan berharap Neelofa kekal tenang.

Baca artikel lain: “Pergi Mahkamah Pun Tak Pakai Facemask” – Netizen Bertambah Berang Neelofa Masih Langgar SOP Walaupun Di Mahkamah

“Sis! We are always support you. Hidup Neelofa!”

Sajat juga kemudiannya menyifatkan Neelofa sebagai individu yang kuat dan wajar dikagumi oleh orang ramai. Katanya, orang yang ‘bersinar’ sering kali di dengki ramai. Pujiannya tidak berhenti di situ, Sajat juga menyatakan dia tidak pernah tengok Neelofa mengata orang lain dan hanya fokus dan buat hal diri sendiri sahaja. Sajat turut memberi pendapat bahawa Neelofa adalah seorang yang baik.

Terdahulu, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan ingkar prosedur operasi standard (SOP) di Mahkamah Seremban. Pihak mahkamah juga membenarkan Haris diikat jamin RM10,000 untuk kedua-dua kesalahan manakala Neelofa diikat jamin RM5,000. Kini kita tunggu perkembangan selanjutnya pada 4 Jun depan sebagai tarikh sebut semula kes.

Baca juga: “Hati-hati Jangan Sampai Memuja Manusia” – Wargamaya Minta Peminat Neelofa Tidak “Over” Hingga Samakan Dengan Palestine

Sumber: Instagram Sajat

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di