Connect with us

Hiburan

“Siaplah Hang Nanti” – Isteri ‘Cemburu’ Suami Belikan Hadiah Rantai Emas Untuk Kucing Kesayangan

Amboi bukan main ye kucing zaman sekarang siap dipakaikan rantai emas…

Published

on

Bila dah sayang tu, apa sahaja sanggup diberikan. Biasanya situasi ini adalah bila para suami dah sayangkan isterinya. Isteri minta je terus dapat. Memang rumah tangga tengah bahagialah katakan. Tapi ada juga kes isteri cemburu apabila si suami melebihkan orang lain daripada isteri sendiri. Ini pun biasa terjadi yang melibatkan orang luar. Bagaimanapun, ada juga kes yang berlaku di mana si isteri cemburu apabila suami melebihkan ‘penghuni’ rumah mereka sendiri.

@nurulsahidaalibkn kaleng2 punya kucing .. tuan hang lgi syg hang dri aku .. esok tuan hang p reje siap hang ?##mysupercutecats!!!????????☺️???❤️?♬ Way Back Home – Shaun

Penghuni rumah yang dimaksudkan adalah kucing peliharaan mereka sendiri. Menerusi perkongsian video di aplikasi Tiktok, seekor kucing peliharaaan dilihat menerima hadiah seutas rantai emas. Amboi bukan main lagi kucing pun dapat rantai emas. Memang betul-betul kucing kesayangan ni.

Video yang dikongsikan oleh Nurul Shahida Ali itu juga turut memaparkan aksi kucing tersebut yang dilihat tak berenggang daripada suaminya. Kuat bodek katanya. Dengan rupa yang cantik dan bulu yang tebal, rata-rata warganet berasa geram dengan kecomelan kucing tersebut yang dilihat bersahaja. 

@nurulsahidaaliBalas kepada @melatiputih07 x berenggang .. bodek kuat ??♬ bunyi asal – canCer86

“Bukan biasa-biasa. Tuan hang lagi sayang hang daripada aku. Esok tuan hang pergi kerja siaplah,” usik Nurul sambil melihat suaminya memakaikan rantai ke kucing tersebut.

Memang bukan biasa-biasa betul kucing ni siap boleh pakai rantai emas. Dalam pada itu, ada juga warganet yang ‘menasihatkan’ kucing tersebut untuk ikut tuannya pergi kerja sekali. Takut tak selamat kalau duduk rumah. Begitulah usikan daripada warganet. Apa-apa pun, kelagat si kucing yang manja dengan tuannya tetap nampak comel.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Ditegur Bermain PUBG, Lelaki Ini Tikam Bapa Sendiri! Kawal Ketagihan ‘Online Gaming’ Anak² Dengan Cara ini

“Biadab Betul Bahasa” – Penghantar Barangan Syarikat Kurier Ini Dikecam Hantar Mesej Kurang Sopan

 

 

 

 

 

Sumber daripada: TikTok

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di