Connect with us

Hiburan

Shaheizy Sam Dilabel Punyai Budaya Buruk Ketika ABPBH 33?

Warna-warni kan?

Published

on

Penuh dengan kejutan, itulah gambaran yang dapat diberikan untuk Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi. Tahniah diucapkan kepada Haqiem Rusli diumumkan sebagai pemilik trofi Bintang Paling Popular, dan beberapa barisan artis lain yang telah bekerja keras demi membina nama dalam kerjaya seni di Malaysia.

Selain keunikan tanpa penonton di lokasi, anugerah berprestij tersebut juga dimeriahkan dengan pelbagai fesyen selebriti tempatan yang pelbagai mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah penampilan pelakon Shaheizy Sam ketika menyampaikan trofi, yang dikatakan tidak sesuai untuk tontonan ramai.

Menurut portal, Public Health Malaysia, mereka sedih kerana budaya tidak elok dipertontonkan umum.

Sedih sangat melihat budaya buruk dipromosikan sebegini. Bukan tiada ahli produksi yang boleh menyaring penampilan selebriti sebelum live di kaca TV. Usah sembang mengenai pematuhan SOP, jika promosi vape sebegini pun boleh terlepas dalam tayangan siaran langsung di TV.”

Ramai tidak berpuas hati dengan penampilan tersebut kerana khuatir ia mampu memberi pengaruh buruk kepada anak muda.

Apa pun, tahniah sekali lagi kepada semua pemenang dan anugerah yang unik kali ini pastinya akan diingati ramai.

 

Baca juga:

Fesyen Baju Artis ABPBH33 Buat Netizen Hilang Kata-Kata

“Ingat Tak Pakai Seluar Tadi!”-Netizen Terkejut Tengok Video Terbaru Di Instagram Nabila Huda

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.