Sebelum ini, pelakon Siti Elizad didakwa berdepan dengan kontroversi dituduh mandul oleh seorang netizen di laman Facebook. Susulan itu, difahamkan Siti Elizad telah mengambil tindakan untuk melaporkan perkara itu kepada pihak polis terhadap tuduhan dan hinaan ‘mandul’ yang dilemparkan kepadanya.
Terbaharu, pelakon wanita ini berkongsi momen istimewa apabila dia menerima panggilan daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Siti Elizah terharu apabila Tunku Azizah sendiri menelefonnya untuk bertanyakan khabar dan keadaan selepas insiden tersebut. Pelakon ini mengakui sangat mengagumi dan menjadikan Tunku Azizah sebagai idolanya berdasarkan pengalaman Baginda yang pernah menjalani ujian IVF.