Pasangan pengacara dan pelakon, Awal Ashaari dan Scha Alyahya selamat menimang cahaya mata kedua pada Jumaat lepas. Dalam pada masa yang sama, Awal turut berkongsi pengalaman kedua kalinya melihat keajaiban seorang bayi dilahirkan.
Apa yang menarik perhatian kami lagi adalah coretan mereka untuk anak sulung mereka, Lara Alana menerusi laman instagram Lara sendiri.
Menurut posting tersebut, kehadiran anak sulung mereka telah mengajar banyak hal dan selamanya akan kekal menjadi “Si Pacak” “Rara” “Datin” “si helmet” & “Yara”.
“Banyak benda yang kita lalui bersama. Pujian, cacian, tuduhan, kegembiraan, kejayaan dan macam macam lagi, tapi Lara sedikit pun tak pernah buat Mommy dan Daddy menyesal dengan cara didikkan kami kepada Lara.
Kami sangat bangga dengan Lara dan kami suka melihat keyakinan dan kepintaran kamu. Sangat sempurna! Terima Kasih di atas kegembiraan yang Lara bawa dalam hidup kami dan kami sentiasa bersyukur dengan kehadiran Lara dalam hidup kami,” tulisnya.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, Scha dan Awal juga mendoakan Lara membesar menjadi seorang yang baik hati dan dapat membanggakan keluarga mereka.
“Kami minta maaf sepanjang kehidupan kamu sentiasa menjadi perhatian ramai tapi percayakan rezeki dan takdir Allah, sesungguhnya Allah dah tentukan perjalanan hidup Lara.
Mommy dan Daddy hadiahkan Lara kawan, seorang adik untuk teman kan Lara sampai bila bila, Inshallah. Jaga Adik, sayang kan Adik macam mana semua orang sayangkan Lara,” pinta Scha dan Awal.
Posting tersebut dibanjiri lebih seribu komen dari netizen yang mengatakan mereka tersentuh dengan bait ayat Awal dan Scha dan dalam pada masa yang sama, mereka turut mendoakan Lara menjadi anak dan kakak yang baik.
Semoga keluarga Awal dan Scha lebih bahagia dan ceria dengan kehadiran anak kedua!
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Proses mediasi kes saman Awal, Scha dan D’Haja ditetapkan 21 Januari
“Mommy Is Pregnant!” – Awal Ashaari Umum Scha Al-Yahya Kini Sedang Hamil Anak Kedua
Sumber: instagram
Post comments (0)