Connect with us

Hiburan

Sekian Lama Tanpa Berita, Akhirnya Ustaz Ebit Lew Kongsi Sudah Selamat Tiba Di Gaza

Terbaru, UEL memaklumkan melalui laman Instagramnya bahawa dia dan pasukannya telah selamat tiba Gaza dengan diiringi tentera Mesir.

Published

on

Pejam celik rupanya sudah sebulan berlalu sejak Ustaz Ebit Lew mengumumkan dia akan melakukan misi kemanusiaan ke Palestin. Selama sebulan ini jugalah UEL terpaksa menunggu proses yang sukar dan panjang untuk memasuki Gaza. Bukan calang-calang orang dapat memasuki Gaza yang dikawal rapat. Sementara menunggu proses yang sukar ini UEL berada di Mesir menjalankan asbab kebaikan semampunya dengan pertolongan banyak pihak.

Baca juga: Misi kemanusiaan Ebit Lew ke Mesir dapat kelulusan

Terbaru, UEL memaklumkan melalui laman Instagramnya bahawa dia dan pasukannya telah selamat tiba di Gaza dengan diiringi tentera Mesir. Katanya, mereka menaiki kereta berperisai sepanjang perjalanan bagi tujuan keselamatan. UEL turut kongsikan bahawa pasukannya adalah yang pertama di dunia diberi kebenaran masuk ke Gaza melalui laluan Pintu Rafah iaitu laluan yang bersambung terus ke Gaza sejak perang meletus di situ tahun ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Bangga betul bila baca apa yang dikongsikan UEL. Sesuai dengan usahanya, sememangnya UEL dan pasukan layak diberi penghargaan ini. Menurut pihak di Mesir, sebenarnya memang ramai badan bukan kerajaan (NGO) yang sedang berusaha untuk memasuki Gaza bagi memberikan bantuan namun ianya bukanlah proses yang mudah. Sementara ini sebahagian daripada NGO yang memohon ada di Mesir membantu apa yang mereka mampu.

UEL dalam perkongsiannya meluahkan rasa sebak yang teramat sangat kerana akhirnya dia dan pasukan berjaya menjejakkan kaki ke tanah Gaza. Katanya, dari kecil dia mendoakan rakyat di Palestin, kini akhirnya dia dapat pijak tanah di Gaza. Semestinya ia pengalaman yang sangat bermakna buat UEL. Tambahnya, semua di sana baik-baik belaka dan mereka sambut kedatangan UEL dengan sangat mesra. “Terasa macam bersama dengan keluarga yang sangat dekat dan terasa seperti pulang ke kampung halaman”, luah UEL.

Sebak dan gembira sangat dengan perkongsian UEL kali ini. Melalui perkongsian ini kita dapat lihat UEL tidak keseorangan dalam menjalankan misi kemanusiaan paling sukar di dunia ini. Ramai pihak, kerajaan mahupun bukan kerajaan yang turut sama membantu sepanjang perjalanan menjalankan misi ini. Tidak lupa UEL kepada mereka semua.

Meninjau ke ruangan balas, terlalu ramai yang mendoakan UEL termasuklah rakan-rakan artis. Rata-rata meluahkan rasa syukur kerana akhirnya UEL berjaya sampai ke Gaza. Semua tahu, selepas ini misi akan menjadi lebih sukar. Apa pun, kita doakan yang terbaik buat UEL dan pasukan. Semoga dipermudahkan urusan. Selamat pergi dan selamat pulang UEL.

Baca juga: “He’s Ok..” – Desas-Desus Ustaz Ebit Lew Hilang Di Gaza, Caprice Tampil Beri Pencerahan

Sumber: Ustaz Ebit Lew

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.