Connect with us

Hiburan

“Sedih Pula Baca Ayat Ni” – Ucapan Sempoi Sharnaz Sempena Perkahwinan Nabila Buat Netizen Sebak

Sharnaz Ahmad tetap sempoi titipkan ucapan selamat pengantin baru buat Nabila dengan pesanan jaga Jebat elok-elok…

Published

on

Baru pagi tadi Noor Nabila Mohd Noor melangsungkan perkahwinannya dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin selepas beberapa minggu kecoh di media sosial mengenai teka-teki status hubungan mereka. Nabila yang juga merupakan bekas isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup di sebuah masjid di Kuala Lumpur tanpa sebarang hebahan kepada media.

Perkahwinan tersebut menerima ribuan ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis dan juga wargamaya yang mengikuti rapat perkembangan status percintaan mereka. Dalam pada itu, Sharnaz juga turut menitipkan ucapan tahniah buat Nabila menerusi hantaran di Instagram miliknya. 

Selamat pengantin baru Nabila dan Emran, Semoga berbahagia ke anak cucu. Jaga jebat elok-elok,” tulis Sharnaz dalam kapsyen hantaran tersebut.

Ucapan tersebut dilihat sangat sempoi yang turut disertakan dengan gambar Sharnaz yang seolah-olah posing untuk sebuah majalah. “Eh Mamu, sampai saya terfikir awak keluarkan majalah baru,” tulis Lisa Surihani, yang juga merupakan seorang pelakon, di ruangan komen berseloroh kepada Sharnaz. 

Sementara itu, menerusi tinjauan di ruangan komen, ramai juga wargamaya yang merasa sebak dengan hantaran ucapan yang dimuat naiknya itu. 

Walaupun nampak sempoi dan bersahaja, namun tetap ada yang merasakan ucapan tersebut mempunyai nada yang sedih. Bagaimanapun, bagi Sharnaz apa yang penting adalah anaknya, Jebat Jayden, tetap membesar dengan kasih sayang daripada ahli keluarga yang ada. 

Baca juga artikel menarik lain:

Neelofa Kongsi Video Pendek Perkahwinan Kakaknya, Noor Nabila Sah Nikahi Engku Emran

Izara Aishah Tempelak Instafamous Jadi Pelakon, Perjelas Ciapan Tiada Kaitan Dengan Sharifah Rose

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.