Beberapa hari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengeluarkan kenyataan bahawa prosedur operasi standard (SOP) ibadah haji Malaysia akan dikemas kini dari semasa ke semasa bagi memastikan ia memenuhi syarat Kerajaan Arab Saudi.
Kepada umat Islam yang sememangnya menunggu masa untuk ke sana buat kali pertama, pasti sudah tidak sabar untuk melakukan ibadah di tanah suci bagi merasai kemanisan ini.
Bayangkan, pelakon Azwan Ali yang setiap tahun selama 10 tahun berturut-turut pergi ke sana sebelum wabak COVID-19 menyerang, kini mengakui terasa keseronokkannya apabila umat Islam seluruh dunia boleh kembali beribadah di tanah suci.
Katanya, apabila mengetahui SOP sudah dilaksanakan untuk mengerjakan ibadah di Mekah dia adalah orang pertama yang menghargai usaha pihak atasan dan dia juga mengatakan inilah hikmah COVID-19 di mana orang ramai tidak perlu berasak-asak ketika berada di sana.
“Bila teringat momen indah di sana, saya teringat ada seekor ramai-rama melekat di dahi saya selama satu jam. Walaupun saya halau dia, dia tetap melekat elok dekat situ,” kongsinya.
Malah, Diva AA turut kongsikan momen yang menginsafkan dirinya ketika berada di sana.
“Dugaan dia adalah ketika saya berada di Raudah, saya mengalami satu kenangan yang tak akan dilupakan di mana secara tiba-tiba berlaku ribut taufan asakan jemaah. Waktu itu bunyi yang pelik seperti angin halilintar sehinggakan ramai yang berterabur lari. Bunyi dia memang sangat dahsyat!” ceritanya.
Untuk dengarkan lebih terperinci, klik saja di sini.