Connect with us
Fokus Pagi bersama Ally Iskandar & Hawa Rizwana

Hiburan

“Salute To You Cap!” – IG Live Caprice Bersama ‘Influencers’ Israel Mendapat Perhatian Orang Ramai

Instagram live Caprice dan dua wanita Israel menjadi topik perbualan hangat di media sosial dek kerana…

Published

on

Konflik di antara rakyat Palestine dan Israel menjadi perhatian orang ramai bukan sahaja di Malaysia, malah di beberapa buah negara yang prihatin terhadap nasib malang yang menimpa mangsa-mangsa Palestine. Baru-baru ini, penyanyi rap terkenal Caprice berani menampilkan diri untuk mengulas mengenai isu ini bersama dua orang influencers Israel yang bernama Orin dan Shiraz. Menerusi platform Instagram miliknya, Caprice mendapat lebih 200 ribu tontontan semasa Instagram Live itu berlangsung kira-kira sehingga mencecah 2 jam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Menerjah di ruangan posting tersebut, ruangan komen Caprice telah mencecah sehingga lebih 9 ribu komen. Rata-rata daripada mereka membanjiri kata-kata terima kasih dan tanda hormat namun bukan sahaja daripada pengikutnya, malah juga daripada rakan-rakan selebriti yang turut menyokong tindakan Caprice untuk berhadapan dengan orang Israel bagi mengulas isu yang seperti tiada pengakiran ini. Mereka juga turut memuji sikap Caprice yang penyabar serta dapat bertutur dalam bahasa yang sopan meskipun dalam keadaan yang tegang itu.

Baca juga: “Jaga Adab..” – Caprice Akan Live Bersama Pelakon Israel, Minta Rakyat Malaysia Tidak Guna Ayat Kasar

Difahamkan, keadaan semasa IG live berlangsung sangat tegang di mana Orin dan Shiraz masing-masing tidak mahu mengalah dalam ‘perbincangan’ tersebut. Mereka seakan tidak memberi peluang kepada Caprice untuk mengulas pendapatnya. Malah, lebih menyakitkan hati orang ramai apabila Caprice bertanyakan beberapa soalan, mereka seolah-olah berdalih daripada menjawab soalan Caprice tersebut. Malah, selepas IG live Shiza bersama Caprice, Shiza telah memuat naik pandanganya dan bercerita terhadap IG live tersebut menerusi Insta Story di akaun miliknya. Salah seorang pengguna Twitter telah memuat naik sebuah ciapan yang menterjemah apa yang Shiza katakan.

Menerjah di ruangan Twitter, nama Caprice menjadi topik hangat perbincangan mereka sehingga trending dek kerana orang ramai terlalu ‘geram’ dengan kenyataan daripada kedua-dua orang Israel yang seakan keras kepala. Meskipun Caprice hanya berpandukan fakta dan sejarah, mereka tidak mempedulikan dan terus memutar belit kenyataan Caprice.

Bagaimanapun, di akhir IG live tersebut Caprice mendapat persefahaman bersama Shiza yang berkata dia hanya mahu menyebarkan kasih sayang di antara rakyat Palestine dan Israel. Caprice memuji tindakan beliau dan menanti Shiza untuk membuat kenyataan di akaun Instagram miliknya yang menyeru pengikut Shiza untuk saling berkasih sayang di antara mereka. Sama-sama kita nantikan susulan daripada IG live Caprice dan Shiza.

Baca juga: “Kita Guna Bahasa Sam4r Sam4r..” – Heliza Helmi Guna Bahasa ‘F’ Untuk Elak Perkongsian Disekat

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Instagram Caprice

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Office
    +603-7710 5022
  • Studio Hotline
    +6037-722 5655
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.