Connect with us

Hiburan

“Salahkah Saya Memuat Naik Sesuatu Yang Positif..”- Ayda Jebat Jawab Isu Panas Suami Cium Ketiak

“Saya tak mampu nak menjaga perasaan semua orang..”

Published

on

Mungkin kerana ianya terlalu ‘mesra’ untuk dikongsikan, disebabkan itu ramai tidak senang ianya dipertontonkan oleh pasangan pengantin baru Ayda Jebat dan Nabil Mahir. Nampaknya masih belum reda lagi isu ‘cium bau ketiak’ ni kan?

Ramai menganggap perkongsian Ayda di Instagram Story mengenai sikap suaminya yang suka mencium pipi berulang kali selain suka bermanja dengannya sebagai sesuatu yang tidak wajar dikongsi hingga mengundang rasa meluat serta lucah.

 Ayda ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia tidak mampu mengawal sikap netizen yang tidak henti mengecam namun dia ingin memohon maaf sekiranya tindakannya itu dirasakan tidak manis.

“Salahkah saya memuat naik sesuatu yang positif dan turut disokong oleh ramai pasangan suami isteri yang turut menerima layanan sama meskipun ada diantaranya sudah berkahwin lebih 20 tahun. Mereka begitu suppotif dan mendoakan agar kebahagiaan saya dan Nabil terus berkekalan.

“Hanya ingin menunjukkan rasa bahagianya bercinta selepas kahwin..”

“Daripada perkongsian saya itu, ada juga pasangan yang berasa sedih dan cemburu apabila mengatakan suami mereka tidak romantik selepas berkahwin malah nak minta bergambar bersama pun tidak mahu. Jadi saya harap janganlah melihat apa yang dikongsikan dari sudut yang negatif dan lucah sebab saya hanya ingin menunjukkan rasa bahagianya bercinta selepas kahwin.

“Ada rakan-rakan dan peminat beritahu saya, masa awal-awal bercinta saja indah, tapi selepas kahwin tiada sudah momen bahagia itu.Tapi saya bersyukur sebab menerima layanan yang baik selepas berkahwin. Saya hanya berkongsi sikap Nabil yang manja dan tidak dibuat-buat. Bagaimanapun saya ingin memohon maaf sekiranya ada pihak berasa kurang senang melihat kemesraan kami. Saya tak mampu nak menjaga perasaan semua orang,” katanya.

Menurut Ayda, apa yang dikongsikan mengenai sikap Nabil adalah perangai sebenar suaminya.

“Saya sedar memiliki pengikut daripada pelbagai lapisan umur di laman sosial Instagram. Jadi segala perkongsian yang dimuat naik, saya akan pastikan ia tidak keterlaluan. Namun jika ada yang beranggapan sebaliknya, anda perlu mengubah mentaliti dan jangan terlalu berfantasi.

“Tapi lihat perkongsian ini sebagai sesuatu yang positif serta doakan agar kemesraan ini berkekalan dan anda sendiri turut mengimpikan layanan seperti ini,” katanya.

 

 

Baca juga:

Ceraikan Daripada Berkongsi ‘Bebola’.. Dr Say Sarankan Suami Isteri Lebihkan Sesi Luahan Hati

Kongsi Video ‘Mesra’ Di Ig Story, Ayda Jebat Dikecam Kerana Risau Dilihat Anak Muda

 

 

 

 

 

Sumber: Hmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.