Connect with us

Hiburan

Perkahwinan Dua Darjat Golongan Kayangan dan Rakyat Biasa, Majlis Neelofa Double Standard Ke?

Seorang wanita meluahkan isi hati kesal sebagai seorang ibu, di laman Facebooknya, apabila dia tidak dapat melihat anak perempuannya ketika majlis akad nikah yang berlangsung tahun lepas.

Published

on

Isu majlis perkahwinan yang dikatakan “dua darjat” di antara pasangan selebriti atau T20 dan golongan masyarakat biasa masih diperbahaskan di laman-laman sosial di mana ramai yang meluahkan rasa terkilan apabila tidak dapat melangsungkan majlis perkahwinan idaman seperti golongan selebriti ketika susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Terbaru, nama Neelofa dipetik wargamaya selepas tersebar beberapa keping gambar yang menunjukkan tiada penjarakkan fizikal bagi tetamu yang menghadiri majlis yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt pada Sabtu yang lalu. 

Seorang wanita meluahkan isi hati kesal sebagai seorang ibu, di laman Facebooknya, apabila dia tidak dapat melihat anak perempuannya ketika majlis akad nikah yang berlangsung tahun lepas.

Menurutnya, dia hanya dapat melihat kelibat pasangan tersebut menerusi grill tingkap Pejabat Agama. Hati ibu mana yang tidak sedih apabila tidak dapat menyaksikan hari bahagia anak sulongnya sendiri, tentu sekali kecewa.

Katanya dia sangat memahami kepentingan “Standard of Operation” (SOP) dan menghormati undang-undang negara namun, melihat “golongan kayangan” melanggar SOP dengan mudah membuatnya terkilan. 

Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata wargawaya meluahkan rasa tidak adil dengan “double-standard” yang berlaku di negara ini di mana “orang kayangan” dilepaskan begitu sahaja.

Sementara itu, isu ini masih dilihat dan disiasat oleh pihak berkuasa. Malah, Neelofa dan pasangan telah pun dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis. Adakah benar wujud isu ‘double-standard’ ini? Jika benar, diharap pihak berkuasa berlaku lebih adil dalam menyelesaikannya. 

Penulis: Lily

Baca juga:

“Tak Launch Lagi Free Marketing Dah Gegar Satu Negara” – Neelofa Komen Isu ‘Outlet’ Di Langkawi

“Dek Kerana Backup Artis Kayangan, Habis Bisnes Diboikot..”- Kenyataan Rasmi Lawatan Kerja Neelofa ke Langkawi Dipadam?

 

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.