Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Peminat Nak Jadi Isteri Kedua Nabil, Ini Jawapan Ayda Jebat

today16 February 2021

Background

Sudah sebulan lebih pelakon Ayda Jebat dan Nabil Mahir mendirikan rumah tangga. Sepanjang itu juga, semakin banyaklah mata-mata individu yang memerhati tindak-tanduk mereka.

Segala apa yang dikongsikan di media sosial pasti akan dinilai sehinggakan sesuatu terjadi. Kali ini bukan tentang isu ciuman di bahagian anggota badan tapi tentang penawaran di luar jangkaan dari peminat Ayda sendiri.

May be an image of 2 people, people standing, outdoors and tree

Menerusi Insta Story Ayda lewat malam semalam, sekeping gambar screenshot komen dari peminatnya di ruangan Direct Message telah dimuat naik.

Dalam pada masa sama, Ayda turut meminta orang ramai bantu dirinya menjawab persoalan tersebut denagn membuka kotak soal jawab.

Perbualan tersebut menunjukkan peminatnya sedang meminta izin dirinya menjadi madu Ayda kerana gagal temui lelaki seperti Nabil Mahir.

May be an image of 2 people

Perbualan tidak terhenti disitu kerana, Ayda membalas respon tersebut dengan tenang, berhemah dan sopan.

“Jadi madu tak bolehlah, saya cubit awak nanti tapi saya doakan awak dapat jodoh yang lebih baik, sempurna dan terbaik untuk awak. InsyaAllah, selamat maju jaya!” balas Ayda ringkas.

May be an image of 2 people

Mungkin niat peminat Ayda tu hanya bergurau senda. Harap, tak ada salah faham yang timbul dan semoga Ayda dan Nabil bahagia hingga ke anak cucu.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Salahkah Saya Memuat Naik Sesuatu Yang Positif..”- Ayda Jebat Jawab Isu Panas Suami Cium Ketiak

Kongsi Video ‘Mesra’ Di Ig Story, Ayda Jebat Dikecam Kerana Risau Dilihat Anak Muda

 

 

 

Sumber: instagram

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *