Connect with us

Hiburan

Pelajar Gagal Dapat Perhatian Guna Saluran Rasmi, Akhirnya Menteri Pengajian Tinggi Beri Respon Di Twitter

Disebabkan gagal mendapat jawapan dari saluran rasmi, pelajar ini berjaya menarik perhatian Menteri Pengajian tinggi…

Published

on

Tentu menjadi impian setiap pelajar untuk menghadiri majlis graduasi atau konvokesyen selepas berpenat lelah menghabiskan kursus di universiti. Namun disebabkan pandemik COVID-19 ini, penganjuran yang biasa dilakukan setiap tahun terpaksa disemak semula dan disesuaikan dengan keadaan semasa. Bukan tidak mahu mengadakan majlis konvokesyen, tetapi terpaksa menukar cara penganjuran mengikut kesesuaian semasa.

Image via: Harian Metro

Perkara ini para pelajar sudah sedia maklum walaupun sedikit kecewa kerana tidak dapat menjalani majlis graduasi seperti biasa. Semalam, tular di media sosial mengenai sebuah institusi pendidikan awam yang dikatakan membuat pembahagian majlis graduasi antara pelajar cemerlang dan juga kurang cemerlang. 

Menurut perkongsian di Twitter itu, pelajar tersebut mendakwa universiti awam tersebut seperti bersikap ‘pilih kasih’ apabila pelajar yang mendapat anugerah akan melangsungkan konvokesyen dalam dewan yang selesa. Manakala sebahagian lain yang tidak menerima anugerah akan melangsungkan majlis mereka di pusat sukan, yang mana sebahagiannya berlangsung pada bulan puasa.

Menurut pelajar tersebut, ciapan itu adalah usaha terakhirnya bagi mendapatkan perhatian daripada pihak sepatutnya berkenaan isu itu. Dalam pada itu, antara perkara yang dibangkitkan adalah mengenai yuran bayaran majlis konvokesyen adalah sama bagi kesemua pelajar, tetapi majlis dilakukan di tempat yang berbeza. Pelajar tersebut turut mengadu luahan mereka di ruangan rasmi tetapi tidak diterima. 

Bagaimanapun, tidak sampai 24 jam isu tersebut dengan pantas menarik perhatian Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Noraini Ahmad dengan memberi respon kepada pelajar tersebut. 

Dengan respon daripada Menteri Pengajian Tinggi itu, maka sedikit sebanyak dapat melegakan kegusaran para pelajar universiti awam tersebut mengenai isu tersebut. Syabas di atas respon yang pantas, dan diharap tindakan selanjutnya akan memberi hak yang sepatutnya kepada semua pelajar. 

Baca juga artikel menarik lain:

Netizen Teka Dah Mengandung Selepas Nampak ‘Baby Bump’, Ini Jawapan Elizabeth Tan…

Tengku Permaisuri Selangor Cemar Duli Baca Berita Perdana Khas, Ramai Kagum Dan Merasakan Masih Ada Aura

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.