Connect with us
Fokus Pagi bersama Ally Iskandar & Hawa Rizwana

Hiburan

“Pasal MH370 Tu Tak Kelakar Kot” – Kongsi Tangkap Layar Di Instagram, Syazwan Zulkifly Dikatakan Tidak Sensitif

Mungkin niat hanya ingin bergurau, namun ada segelintir netizen merasakan ianya sebuah gurauan yang tak sensitif…

Published

on

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita mengenai kemalangan yang menimpa negara jiran kita, Indonesia. Kapal selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI), KRI Nanggala-402 dipercayai terputus hubungan ketika sesi latihan di perairan berhampiran Bali. Panglima Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI) kemudian mengesahkan semua 53 kru kapal selam KRI Nanggala-402 terkorban.

Berita tersebut benar-benar mengejutkan serta mendukakan. Ramai daripada rakyat Malaysia yang turut menyampaikan ucapan takziah buat mereka, dan turut berasa sedih dengan kemalangan yang menimpa negara jiran. Dalam pada itu, pelakon Syazwan Zulkifly turut dilihat memuat naik satu tangkap layar yang mengandungi kenyataan berkenaan kapal selam KRI Nanggala-420 dan juga kapal terbang milik Malaysia, MH370.

Baca juga: #MakeSchoolASaferPlace Trending Di Twitter, Orang Ramai Desak Tindakan Tegas Isu Jenayah Rogol Dijadikan Gurauan

Walaupun kenyataan dalam tangkap layar tersebut dikatakan hanya sebuah gurauan, namun beberapa rakyat Malaysia berasa kurang senang dengannya dan merasakan ia kurang sensitif. 

“Pasal Sajat kelakar, pasal MH370 tak kelakar,” tulis salah seorang wargamaya di ruangan komen. 

Membalas komen tersebut pula, Syazwan menyatakan kenyataan itu hanya perbandingan kapal selam KRI Nanggala-420 dan juga kapal terbang MH370, dan ia adalah satu perlian bagi isu penangkapan Sajat. Dia turut menyatakan tidak ada unsur menjadikan MH370 sebagai bahan lawak. 

Disebalik komen-komen yang merasakan kenyataan tersebut adalah tidak sepatutnya dikeluarkan, namun rata-rata wargamaya yang lain merasakan ia hanya sebuah kenyataan berunsur gurauan. Bagaimanapun, berita kemalangan kapal selam tersebut tetap dirasai oleh kita di Malaysia ini. 

Baca juga: “Antara Dua Darjat” – Petugas Kesihatan Luah Rasa Kecewa Layanan Double Standard Terhadap Golongan ‘Kayangan’

Sumber daripada: Instagram

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Office
    +603-7710 5022
  • Studio Hotline
    +6037-722 5655
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.