Connect with us

Hiburan

“Pandainya Dia” – Belum 1 tahun Dah Laju Berjalan, Ramai Puji Anak Fasha Sandha Cepat Belajar

Teruja betul kita yang dewasa ni tengok.

Published

on

Setiap bayi membesar mengikut garisan waktu yang tersendiri. Cepat atau lambat itu bergantung kepada setiap bayi kerana proses pembesaran mereka berbeza. Jika bayi cepat belajar sudah tentu ibu bapalah yang paling gembira namun jika bayi lambat belajar sesuatu janganlah pula ibu bapa sedih dan bandingkan dengan bayi yang lain. Semua anak adalah anugerah dan setiapnya memiliki kelebihan yang tersendiri.

Baca juga: “Seorang Ibu Tidak Pernah Bercuti” –  Fasha Sandha Dipuji Oleh Wargamaya Sebagai Wanita Hebat

Bila ibu bapa kongsi perkembangan anak mereka di media sosial, semestinya kita seronok nak tengok. Yalah, bayi semuanya comel-comel belaka. Lagi-lagi bila mereka belajar benda baharu, teruja betul kita yang dewasa ni lihat. Terbaru, Fasha Sandha ada berkongsikan perkembangan anaknya Aisha Amaira di laman Instagram.

Aisha memang sering mencuri tumpuan ramai di media sosial kerana raut wajahnya yang comel. Geram betul setiap kali melihat video Aisha yang dikongsikan. Kali ini, Fasha kongsikan bahawa Aisha yang baru 10 bulan sudahpun boleh berjalan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Menerusi video berkenaan dilihat Fasha memanggil nama anaknya dan Aisha berjalan dengan laju ke arah Fasha. Walaupun belum sampai setahun tapi kaki Aisha dah kuat. Tak nampak Aisha jatuh pun ketika berjalan. Steady lah Aisha!

Meninjau ke ruangan balas, rata-rata memuji Aisha bijak dan cepat belajar. Semua geram melihat aksi Aisha melalui video tersebut. Tak terlepas juga rakan artis yang turut meninggalkan komen yang positif.

Tak sabar nak lihat perkara baru yang Aisha belajar lepas ni. Buat ibu bapa di luar sana, nikmatilah saat-saat ini dengan bayi anda. Apa pun, kita doakan agar Fasha Sandha dan keluarga diberi kesihatan yang baik.

Baca juga: “Happy Betul Mama” –  Reaksi Ibu Sweet Qismina Sepanjang Proses Vaksin Buat Wargamaya Turut Seronok

Sumber: Fasha Sandha

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di