Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Pakai Plastik Di Kepala Datang Cucuk Vaksin, Sebelum Balik Siap Hulur Duit Belanja Frontliners

today9 July 2021

Background

Seorang warga emas mencuri perhatian orang ramai apabila dia hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) Universiti Sains Malaysia (USM) dengan menyarung plastik di atas kepalanya. Walaupun ‘fesyen’ lelaki berkenaan agak pelik, namun dalam diam dia memiliki hati yang baik.

Menerusi perkongsian yang telah dimuat naik oleh Universiti Sains Malaysia di akaun Facebook, kelihatan seorang warga emas yang berpakaian warna merah jambu hadir ke PPV bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dengan menaiki teksi.

Lebih menarik lagi apabila dia memakai plastik di atas kepalanya sebagai alat perlindungan tambahan mengelakkan dirinya daripada dijangkiti virus COVID-19. Aksinya itu menarik perhatian ramai sebelum viral di media sosial semalam.

Klik untuk baca artikel penuh.

Written by: Danisyah Dalily


Previous post