Connect with us
Fokus Pagi bersama Ally Iskandar & Hawa Rizwana

Hiburan

“Ni Kerja Kau Belakang Aku?” – Adik Rampas Teman Lelaki Kakak

“Aku dah dapat agak setiap kali ajak keluar…”

Published

on

Tular di media sosial sebuah video yang menunjukkan seorang perempuan menerjah dan melempang teman lelakinya sewaktu sedang makan malam di kedai makan bersama adik perempuannya.

Menurut sumber kejadian tersebut dikatakan adik perempuannya merampas kekasih kakak. 

Dalam pada masa yang sama, seorang pengguna media sosial yang menggunakan nama samaran Nurda Nb menjelaskan apa yang berlaku menerusi posting di laman akaun Facebook.

Menurutnya, lelaki tersebut memang sweet termasuklah dengan adik kepada teman wanitanya dan malam kejadian lelaki tersebut kantoi menipu kononnya ada makan malam dengan keluarga.

“Aku dah dapat agak setiap kali aku ajak keluar kau nak ikut aku dan si jantan pulak beria-ria nak adik aku ikut sekali. Untuk kali ni aku sendiri yang kantoikan korang,”

Tulisnya lagi, perkara ini sudah lama dihidu dan tidak mahu menyebarkan untuk membuka aib sesiapa tapi demi untuk memberi peringatan dan pengajaran kepada semua orang untuk lebih berhati-hati dalam hubungan.

Apa pun diharap, semuanya dapat diselesaikan dengan baik lebih-lebih lagi kalau berkait rapat dengan hubungan adik-beradik.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Impikan Kebahagian Nikahi ‘Kupu-Kupu Malam’, Akhirnya Dicurangi Di Hadapan Mata

Tuduh Curang Dan Penggal Kepala Isteri Sendiri!

 

 

 

Sumber: twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Phone
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Advertisement