Connect with us

Hiburan

Neelofa Terima Anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith, Netizen Merasakan Ada Yang Lebih Layak

Segala usaha dalam bidang keusahawanan akhirnya terbalas dengan penerimaan anugerah ini…

Published

on

Masih belum surut dengan berita kontroversi melibatkan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor, 32 tahun. Banyak kecaman yang diterimanya di media sosial berhubung isu mendakwa dirinya melanggar prosedur operasi standard (SOP). Bagaimanapun, Neelofa tetap mengambil langkah untuk terus tampil positif dan tidak melatah dengan isu yang menyelubunginya. 

Dalam sibuk Neelofa terus menguruskan perniagaannya selepas hari perkahwinan, dia dikhabarkan menerima anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith Bagi Kategori Tokoh Berpengaruh Mega atau Influencer daripada Kerajaan Negeri Kelantan. Neelofa menerima anugerah berkenaan sempena sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2021.

Neelofa merupakan salah seorang daripada 14 wanita yang menerima anugerah pada majlis berkenaan. Tentu anugerah tersebut sebagai satu pengiktirafan terhadap usahanya selama ini dalam bidang keusahawanan. Bagaimanapun, Neelofa tidak dapat hadir ke majlis berkenaan kerana berada di Langkawi atas urusan perniagaan. Dalam masa yang sama, wakil keluarga Neelofa juga tidak hadir ke majlis untuk menerima anugerah itu atas sebab-sebab tertentu.

Penerima tokoh akan menerima sijil, plak, dinar emas dan kitab tafsir Al-Azhar, selain hadiah iringan seperti kerongsang, selempang, hamper, persalinan batik dan sejambak bunga. Sementara itu, tinjauan di media sosial menunjukkan terdapat sebilangan wargamaya yang merasakan terdapat individu yang lebih layak untuk menerima anugerah tersebut.

Walaupun ada yang mencadangkan nama seperti Heliza Helmi dan Mizz Nina, namun anugerah tersebut merupakan anugerah anjuran negeri Kelantan. Jadi mungkin penerima anugerah adalah mereka yang berasal dari Kelantan sahaja. Dalam pada itu, ada juga yang tetap bersetuju dengan penganugerahan yang diberikan kepada Neelofa. Apa-apa pun, semoga anugerah ini menjadikan Neelofa lebih baik sehingga dapat berbakti semula kepada masyarakat. 

Baca juga artikel menarik lain:

Tengku Permaisuri Selangor Cemar Duli Baca Berita Perdana Khas, Ramai Kagum Dan Merasakan Masih Ada Aura

Jejari Kentang Punya Pasal, Lelaki Ini Sanggup Cekik Isteri Sampai Mati!

Sumber berita: Berita Harian

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di