Connect with us

Hiburan

“Nak Berapa Ramai Lagi Rakyat Kita Mati” – Diserang Anxiety, Azza Elite Rayu Kerajaan Buat Total Lockdown

Azza Elite mengalami anxiety yang sangat teruk disebabkan risau dengan berita mengenai virus COVID-19…

Published

on

Sebenarnya ramai yang risau dengan berita mengenai jumlah kes positif COVID-19 harian. Angka masih tidak menunjukkan trend menurun. Kerisauan ini ditambah pula dengan berita mengenai virus ini boleh tersebar melalui udara pula. Memang sudah sampai ke tahap menimbulkan kecemasan orang ramai.

Antara yang turut menzahirkan kerisauan mereka mengenai perkara ini adalah golongan selebriti, dan kali ini penyanyi dan pelakon, Azza Elite dilihat meluahkan kerisauannya di media sosial. Satu video pendek dimuatnaik oleh Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, menunjukkan betapa sedih dan bimbangnya dirinya dengan situasi semasa. 

Baca juga: [VIDEO] “Kita Yang Beli Beras!” – Akibat Bergurau Di Tempat Awam, Izzue Islam Kena ‘Tampar’ Dengan Isteri

“Dada berdebar bila baca di media sosial. Saya minta maaf pada semua sebab saya ada anxiety yang sangat teruk,” ujar Azza.

Dia juga turut menyatakan dirinya mengalami anxiety yang sangat teruk disebabkan risau dengan berita mengenai virus COVID-19 yang kini mudah tersebar melalui udara. Kata Azza lagi, dia takut dan risau pada mak dan anaknya di kampung yang sudah agak lama terpisah. 

Disebabkan itu, Azza membuat rayuan kepada kerajaan untuk lakukan total lockdown seperti yang pernah dilakukan kali pertama awal tahun lepas. Menurutnya, selagi tidak ada total lockdown, ramai yang masih terpaksa pergi kerja.

“Kalau kerajaan buat total lockdown, sekurang-kurangnya kami duduk di rumah dan tak jumpa orang, tak jumpa siapa-siapa untuk dua atau tiga minggu,” tambahnya lagi. 

Itulah rayuan Azza supaya dilakukan total lockdown agar kes jangkitan boleh menunjukkan angka sifar. 

Baru-baru ini kita baru dikhabarkan mengenai jangkitan baharu virus COVID-19 yang boleh merebak melalui udara. Menerusi hantaran di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga memaklumkan tentang perkara ini, di mana titisan cecair yang keluar dari mulut atau hidung kita yang mengandungi virus itu boleh jadi partikel yang besar (droplet) atau partikel yang kecil (aerosol). Partikel aerosol boleh kekal di udara untuk tempoh yang lebih lama dan bergerak lebih jauh dari 1-2 meter.

Baca juga: Cuba Sokong Kenyataan Mira Filzah, Netizen ‘Sound’ Azfar Heri Sebab Pernah Langgar SOP

Sumber daripada: Instagram

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.