Connect with us

Hiburan

“Memang Power Cara Dia Selesai Krisis” – Ramai Kagum Cara Khairul Amin Tagani Isu ‘Penjenayah’ Sambal Palsu

Ramai puji dan kagum dengan cara Khairul yang dilihat sangat matang dalam menangani isu yang melibatkan reputasi nama baiknya…

Published

on

Memang bulan puasa ni wajah yang wajib muncul di media sosial kita adalah wajah chef kesayangan ramai, iaitu Khairul Amin. Banyak perkongsian menu-menu menarik di bulan Ramadan ni yang kita pun terliur bila melihat dan terus ingin mencuba. Dalam pada itu, ramai juga yang tahu Khairul turut melangsungkan perniagaan dengan menjual produk sambalnya. Namun, kelmarin kecoh di media sosial apabila Khairul mendedahkan ada individu yang mengambil kesempatan ke atas nama produknya itu dengan menghasilkan sambal palsu dan menjual menggunakan namanya. 

Pendedahan itu amat mengejutkan dirinya dan juga wargamaya lain kerana ramai pembeli yang sudah tertipu apabila membeli sambal palsu daripada individu tersebut. Khairul mendedahkan lebih 700 botol sambal palsu dihasilkan individu tersebut telah dijual. Rata-rata yang membeli sambal tersebut menyatakan keadaan sambal sudah tidak elok untuk dimakan. 

Tidak lama selepas pendedahan itu, dalam masa lebih kurang 24 jam Khairul dilihat terus menyelesaikan masalah tersebut dengan membuat laporan polis,dan akhirnya berjaya membuat individu yang menjual sambal palsu menggunakan nama produknya tampil berjumpanya.

Baca juga: “Dia Ada Namalah!” – Netizen Pertikai Cara Pujian Chef Terkenal Singapura Kepada Khairul Amin Seperti Kurang Sopan

“Dia mengaku salah dia dan tampil serahkan diri pagi tadi. Tapi aku tak nak benda ni selesai senang-senang macam tu je walaupun datang dengan air mata,” tulis Khairul dalam perkongsiannya di Twitter.

Wargamaya yang mengikut rapat perkembangan isu yang dihadapi Khairul dalam masa sama berasa sangat kagum dengan cara dia selesaikan isu tersebut. 

Rata-rata wargamaya puji dan kagum dengan cara Khairul yang dilihat sangat matang dalam menangani isu yang melibatkan reputasi nama baiknya.

Selain itu, ramai juga yang merasakan Khairul patut dijadikan contoh bukan sekadar dalam bakat memasak dan menghasilkan content menarik di media sosial, malah dalam bidang pengurusan perniagaannya juga.

Baca juga:Kenapa Malcolm X Dibunuh? Ini Kisah Kontroversi Kematiannya…

Sumber daripada: Twitter

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.