Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Masuk Ke Ruang Majlis Akad Nikah Di JAWI Lalu Berzikir Dengan Kuat, Pemuda Dipercayai Baru Putus Cinta

today8 April 2021

Background

Bagi seseorang yang sudah menjalinkan hubungan cinta, tentu dalam fikiran hanya memikirkan langkah seterusnya iaitu melangsungkan perkahwinan. Bagaimanapun, mungkin tidak semua bernasib baik apabila hubungan yang diimpikan sampai ke jinjang pelamin akhirnya putus di tengah jalan.Β 

Terbaharu, tular gambar seorang pemuda di media sosial yang memperlihatkan dirinya berada di ruang majlis akad nikah di Ibu Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kuala Lumpur walaupun tiada urusan untuk bernikah pada ketika itu. Pemuda tersebut dikatakan berkaki ayam masuk ke situ sendirian sehingga menimbulkan pelbagai persoalan.Β 

Bagaimanapun, tindakannya seterusnya lebih mengejutkan apabila lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu dilihat terus duduk di pelamin dan kemudian mengalunkan zikir istighfar serta membaca ayat Al-Quran dengan suara yang kuat. Memang terkejut mereka yang ada di situ sehingga pemuda itu didekati untuk ditenangkan.

Baca juga: Penari Jelita Ditembak Mati Dipercayai Jalin Hubungan Sulit Dengan Ahli Politik

Menurut laporan, difahamkan pemuda itu mengalami tekanan perasaan akibat putus cinta. Sementara itu, seorang kakitangan Jawi yang mendekati lelaki itu berkata, lelaki itu hanya mengangguk dan tidak menjawab apabila ditanya tujuannya datang ke situ. Dia hanya berzikir dan kemudian mengaji.

β€œSaya kemudian membacakan ayat penenang dan minta lelaki itu mengambil wuduk sebelum memberikan dia segelas air,” kata kakitangan Jawi tersebut.

Tambahnya lagi, melalui perbualan singkat dengan pemuda itu, seolah-olah punca dia melakukan perkara itu adalah kerana baru lepas putus cinta. Pemuda itu dibawa keluar oleh dua orang anggota polis sejam kemudian. Sementara itu, meninjau respon wargamaya berhubung kes ini, ramai yang berkongsi rasa simpati ke atas nasib yang menimpa pemuda itu. Semoga pemuda itu terus tabah mengharungi dugaan hidup.

Baca juga:Β Abang Dituduh Tak Restui Hubungan Percintaan, Lelaki Ini Nekad Bakar Rumah Abang!

Sumber daripada: Kosmo

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Yee Fatt Perak

Sukan

Yee Fatt Gembira Perancangan Berhasil Bantu Perak Tewaskan UiTM

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Ketua jurulatih Perak FC, Chong Yee Fatt sudah pastinya menjadi individu yang cukup gembira dengan kejayaan anak buahnya bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan UiTM FC, 3-2 di Stadium Perak, Ipoh malam tadi. Kemenangan itu hadir tepat pada masanya ketika Perak pada ketika ini dibelenggu prestasi kurang meyakinkan dalam saingan Liga Super Malaysia 2021 serta disulitkan lagi […]

today8 April 2021