Connect with us

Hiburan

“Ada Yang Kata Aku Tak Register Dengan Betul..” Azhan Rani Kecewa Belum Terima Tarikh Vaksin

Azhan menyatakan dia keliru apa salahnya sehingga terpaksa menunggu terlalu lama untuk terima tarikh vaksin.

Published

on

Kerajaan Malaysia telah sediakan pelbagai langkah untuk membendung penularan Covid-19. Apabila kes mula meningkat semula, kerajaan laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh seluruh Malaysia untuk memastikan peratusan jangkitan Covid-19 dapat dikawal sebaiknya. Selain itu, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) turut dilancarkan untuk memberi rakyat vaksin secepatnya bagi memastikan kesejahteraan bersama.

Bagaimanapun, beberapa komen telah diutarakan oleh rakyat sepanjang menunggu giliran diberi tarikh untuk menerima vaksin. Ada yang masih takut kesan tentang vaksin, ada pula yang merasakan tiada keperluan untuk vaksin dan ada juga yang keliru tentang jenis-jenis vaksin Malaysia tawarkan. Apa yang pasti, majoriti rakyat Malaysia percaya vaksin mampu membantu kita tamatkan pandemik ini.

Selebriti tempatan juga sudah ramai yang berkongsi pengalaman mereka mengambil vaksin namun ramai juga yang masih menunggu giliran menerima tarikh vaksin. Luahan hati selebriti Azhan Rani menerima perhatian ramai apabila Azhan menyatakan dia keliru apa salahnya sehingga terpaksa menunggu terlalu lama untuk terima tarikh vaksin.

Artikel menarik lain: Kongsi Cara Masakan Laksa Terengganu Resipi Moyang, Ramai Terliur Lihat Siti Sarah Makan Guna Tangan

“Masih ada lagi yang kata aku tak register vaksin dengan betul. apa lagi?”

Menurut Azhan, dia telah lakukan pelbagai cara yang telah dikongsi oleh orang ramai termasuklah install dan uninstall aplikasi MySejahtera, kemas kini alamat rumah, kad pengenalan dan sebagainya. Bagaimanapun, statusnya masih sama dan masih belum menerima apa-apa tarikh atau mesej.  Azhan yang terkenal dengan watak Ustaz Madi dalam drama Nur juga sempat berseloroh menyatakan mungkin dirinya perlu klik pilihan nombor tiga iaitu pilihan untuk ibu mengandung dan menyusukan anak barulah dapat tarikh terima vaksin.

Meninjau ke ruangan komen, ramai juga rakan selebriti menyatakan mereka juga masih belum menerima tarikh seperti Azhan. Ada juga pengikutnya memberi komen buat masa ini dilihat mereka yang daftar untuk AstraZeneca sedang divaksin ketika ini dan mereka yang daftar vaksin di MySejahtera masih perlu menunggu giliran mereka. Sementara itu, ada juga yang tumpang membuat luahan di ruangan komen Azhan menyatakan ibu bapanya yang sudah berumur juga masih belum terima tarikh untuk di vaksin.

Apabila dilihat dari sudut positif, ramai rakyat Malaysia menyambut baik program vaksinasi ini. Apa yang boleh dikatakan buat masa ini, kita haruslah bersama-sama patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan sementara menunggu giliran untuk di vaksin. Untuk mereka yang masih menanti tarikh untuk terima vaksin, terus sabar ya.. Pihak yang terlibat bersama-sama petugas barisan hadapan sedang lakukan yang terbaik untuk kita.

Baca juga: “Kawan, Ingat Bau Perfume Ke?” – Ingatkan Sharnaaz Tak Ada Peluang Tapi Komen Azira Buat Netizen Berharap

Sumber: Instagram Azhan Rani

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di