Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Nad Zainal Risau Cabaran Lebih Hebat Di Masa Hadapan, Doa Anak Kuat Hadapi Liku Kehidupan

today24 May 2021

Background

Farah Nadia Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Nad Zainal adalah seorang pelakon wanita hebat tanah air. Dia dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim atau lebih manja dipanggil Yem dan Budi Kalsom atau Som. Yem kini sudah menginjak ke umur 5 tahun manakala anak perempuannya Som baru sahaja masuk 2 bulan.

Baca juga:Β “Memang Kena Bagi Bantuan Sampai Masuk Kubur Ke?” – Michael Ang “Sekolahkan” Netizen Tentang Self-Lockdown

Baru-baru ini, Nad ada berkongsikan di laman Instagram miliknya di mana dia menyatakan rasa risau dengan cabaran yang mendatang. Nad berkata sekarang pun dunia sudah semakin “dimamah usia” dan kacau bilau dengan peperangan, budaya kecam-mengecam, wabak pandemik yang seakan tiada penghujung dan juga ekonomi yang kian merosot. Bagaimana pula cabaran yang bakal dihadapi oleh Budi Kalsom di masa hadapan?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ω†Ψ§Ψ― Ψ²Ψ§ΩŠΩ†Ω„ (@nad.zainal)

Ibu mana yang tidak risaukan anak kan? Ibu akan sentiasa memikirkan tentang masa depan anak-anak. Dugaan hari ini membuatkan Nad Zainal berfikir sejenak. Namun, itu tidak membuatnya putus asa untuk tetap memberikan didikan yang baik buat anak-anak.

Nad berkata, apa yang dia boleh lakukan hari ini adalah untuk menerapkan nilai Islam di dalam diri anak-anaknya sejak mereka kecil supaya mereka boleh membawanya sehingga dewasa. Nad mengaku bahawa dia bukanlah seorang hamba yang sempurna tetapi dia masih mahu terus berusaha mendidik anak-anaknya dengan nilai yang baik.

Menerusi kapsyen Nad, dia ada meninggalkan pesanan buat anaknya. Dia berdoa agar anaknya kuat dalam mendepani liku-liku kehidupan di masa hadapan yang mungkin akan jadi lebih mencabar selari dengan arus masa.

Baca juga:Β “Kerajaan Kita Tak Teruk Sangat..” –Β  Mila Jirin Menyeru Orang Ramai Lakukan “Self Lockdown”

Sumber:Β Nad Zainal

Written by: Danisyah Dalily


Previous post

Terkini

‘Dine-in’ dalam kenderaan langgar SOP

KUCHING: Premis makanan yang menyediakan layanan β€˜dine-in’ dalam kereta adalah melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan tindakan kompaun boleh dikenakan ke atas pengusaha premis yang menyediakan layanan sedemikian.

today24 May 2021