Connect with us

Hiburan

“Macam Aktiviti Santai-Santai Sahaja Di Langkawi…”- Polis Mahu Panggil Neelofa & Suami

Maklumlah, musim pandemik dan ketika larangan merentas negeri masih berkuatkuasa ni, ramai yang sensitif jika mendapat tahu ada yang melanggar peraturan sesuka hati. 

Published

on

Baru sahaja memberi kenyataan ke Langkawi atas urusan perniagaan bersama suami, warganet sekali lagi keliru dengan perkongsian Neelofa di laman instagramnya yang menunjukkan dirinya dan suami menaiki kereta kabel serta menaiki jetski. Perkongsian itu seakan bercanggah dengan motif utamanya ke Langkawi.

Maklumlah, musim pandemik dan ketika larangan merentas negeri masih berkuatkuasa ni, ramai yang sensitif jika mendapat tahu ada yang melanggar peraturan sesuka hati.

Disebabkan itu juga, Polis tidak berdiam diri dan akan memanggil Neelofa dan suaminya, Haris Ismail, untuk direkod keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pasangan pengantin baharu itu berbulan madu di Langkawi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata berdasarkan bukti video dan gambar yang dimuat naik di media sosial pasangan itu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Kita sedang tangani kes ini selepas ada gambar aktiviti dan kehadiran beliau (Neelofa) bersama suami (di Langkawi) telah melanggar SOP yang ditetapkan. Kita akan ambil tindakan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Seksyen K9 Langkawi Polis Diraja Malaysia di Langkawi semalam.

Abdul Hamid berkata, pegawai penyiasat akan mengenal pasti adakah aktiviti yang gambarnya dimuat naik itu sebahagian kegiatannya perniagaannya.

“Mereka kena jawab, tapi gambar itu macam aktiviti santai-santai sahaja…. jelas ia tidak boleh dilakukan dan melanggar SOP. Sebabnya dia datang dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya.

Beliau berkata, polis juga akan memanggil saksi yang boleh membantu melengkapkan siasatan kes itu secepat mungkin. Diharapkan siasatan dapat dilakukan dengan telus dan adil.

Baca juga:

Neelofa Terima Anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith, Netizen Merasakan Ada Yang Lebih Layak

“Lofa Buka Chatime Atas Gunung Ke Naik Cable Car?”- Warganet Pertikai Neelofa Seperti Sedang Berbulan Madu

Sumber: Bharian

 

 

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di