Connect with us

Hiburan

Lufya Buka Mulut Pengunjung Bercuti Ke Langkawi Tak Ikut SOP, Terlalu Ramai!

“Anak kita pun dipegangnya..”

Published

on

Ramai juga yang panik apabila beberapa individu disahkan positif COVID-19 sebaik pulang dari Pulau Langkawi termasuk pelakon Hariss Annuar.

Ternyata ramai mengambil kesempatan untuk bercuti bersama rakan dan keluarga pada hujung tahun 2020 dan memilih Langkawi sebagai destinasi pilihan sehingga beberapa gambar tular menunjukkan betapa ramainya orang di pulau percutian tersebut.

Luahan rasa pelakon Lufya Omar baru-baru ini juga membuka mata ramai. Dia yang juga baru pulang bercuti bersama keluarga di Pulau Langkawi merasa risau dengan bilangan orang yang dijangkiti selepas pulang dari Langkawi.

“Nak bercakap sikit pasal ramai orang dijangkiti Covid-19 selepas pulang dari Langkawi baru-baru ni. Tak dinafikan memang menggelabah sikitlah bila dengar berita ini. Ramai dah pi swab test lepas balik Langkawi. Rasanya kena buat jugak ni. Tolong suggest mana klinik yang berpatutan untuk kami buat swab test ini ya?

Dah setahun kita terperuk kat rumah dengan pelbagai cabaran dalam hidup setahun sekali ni nak jugak la bawak anak jalan holiday happy2 dan lapangkan fikiran. Masalah utamanya orang kita ni SOP tak jaga. Anak kita pun dipegangnya??

Teringin jugak nak gi Pantai Cenang tapi bila tengok video ramai orang yang upload ketika itu ,ramainya pengunjung datang ke Pantai Cenang dengan tak pakai mask dan bersentuhan, kami batalkan hasrat nak ke sana dan mengambil keputusan untuk ke private island(so tak ramai orang kat sana) pantai pun tak ramai orang.

Walaupun kos jadi tinggi tapi untuk keselamatan kami sanggup. Permasalahannya di sini kes mendadak naik ni sebab orang ramai dah lega and take things for granted sebab vaksin bakal ada. Kalau ada pun frontliner yang akan dapat vaksin ni dulu. Kita belum tau keberkesanannya lagi. So korang sayangilah nyawa masing-masing apalagi yang ada berhubung dengan anak kecil dan orang tua.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lufya (@lufyalaana)

Sementara itu, dalam satu kenyataan akhbar, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah menafikan terdapat kes individu positif COVID-19 di Langkawi ketika ini. Hm, mungkin mereka yang positif adalah pelancong dan bukannya penduduk setempat kan. Apa pun, stay safe semua, amalkan penjarakkan sosial dan pakai pelitup muka jika berada di luar okay?

 

 

Baca juga:

COVID-19: Tidak tak perlu risau bercuti di Langkawi  – LADA

Bergaya Hijab Dengan Busana ‘Off Shoulder’ Tayang Betis, Natasha Tahu Batas Agama

 

 

 

 

 

Sumber: Instagram

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.