Connect with us

Hiburan

“Saya Minta Guide Je,” – 12 Hari Kuarantin, Rea Kool FM Kecewa Sikap Frontliner

Mencabar apa yang Rea lalui.

Published

on

Baru-baru ini tular satu ciapan twitter mengenai tiada tindakan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jika ada di kalangan kita positif COVID-19 kerana pejabat kesihatan tidak cukup staf sehingga terlampau sibuk untuk mengendali ribuan kes COVID-19.

Mungkin ramai yang tidak percaya tapi perkara tersebut dilalui penyampai radio Kool FM, Rea sendiri apabila staf di Pejabat Kesihatan Daerah Petaling tidak memberi maklumat telus pada mereka apa yang harus dia dan keluarga harus lakukan selepas kuarantin selama 12 hari.

“Setiap pertanyaan kami ajukan, pihak mereka cuma jawab ‘oh yeke bang?’ dan ‘oh tak tahu la saya bang’. Kalau pihak PKD tak tahu, kami lagi tak tahu. Kami tak minta pun PKD datang rumah untuk check kami bertiga. Kami ambil inisiatif sendiri ke PKD selepas kuarantin,” tulisnya menerusi insta story semalam.

Jom baca lebih lanjut…

No photo description available.

No photo description available.

May be an image of ‎text that says "‎6:05 ه rea_koolfm 2h Persoalannya kat sini, Kami dah patuh SOP, kuarantin dekat rumah, Tukar status kat MySejahtera. Semua kami buat, tapi kecewanya takde update langsung dari KKM or PKD. Harini baru dorang call right after Faeez balik dari sana. After 12 days. Kami faham byk case in Selangor area, kami tak mintak pun pihak sana datang rumah untuk check kami bertiga. Initiative kami sendiri utk ke PKD after kuarantin..‎"‎

No photo description available.

May be an image of 1 person and text that says "6:05 rea_koolfm 2h From create mode Saya tahu frontliners banyak nak kena handle case semua, saya cuma mintak guide kami sahaja apa next step. Kalau dorang jawab tak tahu, habis tu kami tahu ke? Kami lagi la tak tahu"

May be an image of text that says "6:05 rea_koolfm 1h From create mode Ada satu lagi. Semalam Faeez ke PKD dapat la surat nak jumpa doc kat KK Kelana Jaya untuk harini. Adik tu cakap 'Bang, esok abg settle dengan doc la macam mana. Datang pagi la senang bang' Okay Faeez dtg tadi sampai pukul 10am 'Ohh appointment abang pukul 3pm ni bang' Eh abg batuk2 lagi ni kan. Better tak yah jumpa dulu. Sebab takut kena sambung kuarantin. Saya nasihatkan abg dtg Isnin'"

May be an image of 1 person and text that says "6:05 rea_koolfm 1h From create mode Dik, semalam pun abang batuk2. Kenapa adik tak bagitahu je mcm tu semalam?"

May be an image of text that says "6:06 rea_koolfm 1h From create mode Utk status terkini Alhamdulillah I dengan Dhia mmg takde any symptoms except demam before kami buat swab test. Demam 1-2hari sahaja. And status Faeez pula, dah sihat dari demam cuma batuk sikit2 je So itulah story dia. Tunggulah Isnin ni macam mana. Kalau tak settle jugak, tak tau la nak cakapa apa"

May be an image of 1 person and text that says "6:06 rea_koolfm 54m From create mode Bayangkan kalau la kami ni jenis tak ikut SOP. Kuar je ikut suka hati sbb symptoms kami tak teruk sgt. Boleh je nk kuar semua. Tapi atas rasa tanggungjawab kami follow apa yang patut. PATUH SOP. ITU YANG PENTING."

May be an image of text that says "8:07 rea_koolfm 27m From create mode × Mungkin ada yang cakap case tinggi, kesian frontliners nk kena jaga semua. Ye sy faham dan sgt memahami situasi ni. Even dalam tempoh kuarantin pun sy takde nak call KKM dan susahkan sesiapa. Sy follow je step yang dah diberitahu. Cuma sy kecewa bila dapat jawapan 'Tak tahu' 'Oh ye ke' daripada petugas kesihatan. ANDAI KATA TIME FAEEZ PERGI KK TADI DIA BGTAU ΚΕΝΑ TAMBAH TEMPOH KUARANTIN KE APA, KAMI TERIMA ANDAI TU DAH MMG SOP. YANG BUAT KAMI KECEWA JAWAPAN 'TAK TAHU'"

Mencabar apa yang Rea lalui. Apa pun, kami doakan Rea dan keluarga kecilnya dipermudahkan urusan seterusnya nanti dan moga keputusan sekeluarga negatif. Rindulah nak dengar Rea berceloteh di corong radio!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Saintis Ini Dakwa Lelaki Yang Dijangkiti Covid-19 Berisiko Untuk Mandul & Tidak Subur

“95% Berkesan,” – Dato Dr Musa Mohd Nordin Yakinkan Vaksin COVID-19 Selamat

 

 

 

 

Sumber: instagram

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.