Connect with us

Hiburan

Last Minute Dapat Kebenaran Ke Gaza, Netizen Doakan Caprice Selamat Sampai

Semoga dipermudahkan perjalanan ke sana Caprice!

Published

on

Isu Palestin masih belum reda lagi walaupun semakin kurang suara-suara di media sosial yang membincangkan tentangnya. Rakyat Palestin masih lagi belum bebas daripada ancaman tentera Zionis, dan pihak Zionis masih lagi mengganggu gugat ketenteraman di tanah Palestin. 

Kalau sebelum ini kita dikhabarkan Ustaz Ebit Lew terbang ke Palestin untuk misi kemanusiaan membantu penduduk yang terjejas di sana, kini giliran Caprice pula ke sana. Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, dapat dilihat Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli sedang berada di lapangan terbang bersedia untuk berlepas. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Baca juga: Dilemparkan Tomahan Isu Selipar Masuk Masjid, Menteri Agama Tenang Beri Penjelasan

Kebenaran untuk berlepas masuk ke Kaherah-Gaza itu bagaimanapun hanya untuk dia seorang sahaja pada malam itu.

“Saat Akhir dapat kebenaran masuk ke Kaherah-Gaza, cuma kita kena pergi seorang diri malam ini,” jelas Caprice.

Dalam pada itu di ruangan kapsyen Caprice turut memohon maaf atas segala kesalahan dan berkata akan buatkan kita semua bangga. Katanya, demi ummah, rakyat dan negara. Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata wargamaya mendoakan agar Caprice dipermudahkan urusan perjalanan ke sana. Selain itu, ramai juga yang menyatakan Caprice bertuah kerana dapat kebenaran untuk ke Palestin.

Apa-apa pun, semoga perjalanan Caprice ke sana dipermudahkan dan diberi keselamatan daripada segala jenis bahaya. 

Baca juga: Pengambilan Khas Guru Secara ‘One-Off’ 2021, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Memohon

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di