Connect with us

Hiburan

“Konon Al-Hafiz..”- Lupakan Isu K-Pop, Netizen Kini Bergabung Pertahankan Ustaz Kazim Elias #protectustazkazimelias

Belum reda kontroversi melibatkan artis K-Pop, netizen bergabung pula pertahankan Datuk Ustaz Kazim Elias…

Published

on

Pelbagai kecaman dan tohmahan yang diterima oleh Janna Nick membabitkan kontroversinya dengan isu berkaitan artis K-Pop. Dia yang juga merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara bagaimanapun tidak berdiam diri dan sudah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut. 

Belum reda dengan isu Janna Nick dan K-Pop yang ditularkan oleh warganet, kini isu membabitkan Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) pula menjadi sohor kini di Twitter. Ianya gara-gara satu komen yang berbaur fitnah yang dilemparkan kepada penceramah bebas tersebut.

Melalui satu perkongsian screenshot, terdapat komen dari warganet di Facebook yang membuat tuduhan bahawa DUKE kononnya merupakan Al-Hafiz tapi tidak pernah menggunakan ayat Al-Quran dalam hujah mahupun ceramahnya. Komen screenshot tersebut dimuat naik oleh DUKE sendiri di laman Facebooknya.

Melalui tinjauan di Twitter, perkara ini tersebar luas sehingga menjadi sohor kini dengan menggunakan tanda pagar #protectustazkazimelias. Rata-rata warganet berpendapat DUKE tidak sepatutnya mendapat komen yang berbaur fitnah sedemikian. Selain itu, ramai juga yang menyeru agar menggunakan ‘kuasa’ netizen’ untuk mempertahankan DUKE, seperti mana mereka mempertahankan idola artis K-Pop mereka.

 

 

 

#protectustazkazimelias yang kini mendapat lebih 22k ciapan dihujani dengan kata-kata positif buat DUKE, dan semuanya mendoakan kesejahteraan buatnya. Nampaknya warganet mampu membuktikan bahawa mereka dapat menggunakan gelombang suara mereka di media sosial untuk perkara yang baik juga.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

[VIDEO] “Oii Sumbang!” – Sharifah Shahirah “Sabotaj” Kerjaya Seni Anak Buat Ramai Terhibur

“Vaksin Bukan Dajjal” – Khairy Jamaluddin Ajak Orang Ramai Sebar Maklumat Sahih Vaksin COVID-19

 

 

 

 

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.