Connect with us

Hiburan

“Kongsi Sikit Terus Orang Serbu Beli” – Besarnya Pengaruh Khairul Aming Sehingga Setiap Produk Dikongsi “Laku Keras”

Ini adalah bukti yang menunjukkan bahawa Khairul Aming merupakan salah seorang influencer yang hebat.

Published

on

Nama Khairul Aming kini tidak asing lagi di negara ini. Influencer masakan ini boleh dikatakan sudah setaraf dengan nama artis terkenal yang lain. Namanya kian kali trending di laman media sosial malah tindak-tanduk serta kata-katanya menjadi  buruan media hiburan. Begitulah besarnya nama Khairul Aming kini yang menjadi idola dan inspirasi buat ramai.

Baca juga: “Anak Muda Memang Berbakat” –  Kanak-Kanak 10 Tahun Tunjuk Editing Skill Ala-Ala Filem Superhero Buat Ramai Terpukau

Antara bukti yang menunjukkan bahawa Khairul Aming merupakan salah seorang influencer yang hebat adalah setiap barang atau produk yang dipromosikannya di media sosial akan “laku keras”. Tidak kiralah jika ianya adalah makanan mahupun bekas beras, kuasa pengaruh yang dipegang Khairul Aming memang hebat sehingga dia mampu mempengaruhi ramai untuk membeli produk itu sehingga laris hanya dalam masa beberapa hari.

Baru-baru ini, Khairul Aming ada membeli bekas untuk menyimpan beras secara online dan dia berkongsikannya di laman sosial miliknya. Selang beberapa hari, dia melihat semula produk tersebut dan dapati ianya telah pun habis dijual. Jika dikira-kira, Khairul Aming anggarkan penjual tersebut telah mendapat untung sebanyak RM90 ribu dengan 1,800 unit produk terjual. Satu jumlah yang sangat besar dipungut dalam hanya beberapa hari.

Rata-rata pengikut Khairul Aming mengaku mereka adalah antara yang terpengaruh setiap kali Khairul Aming kongsikan produk di laman sosial. Hal ini adalah kerana, cara perkongsiaannya bersahaja dan Khairul Aming jujur dalam membuat product review. Tidak ramai influencer yang benar-benar jujur apabila mengulas tentang produk lagi-lagi apabila mereka dibayar untuk mempromosikan produk tersebut.

Apa yang lebih mengujakan, kebanyakkan produk yang Khairul Aming kongsikan adalah produk yang dibelinya sendiri. Oleh itu, reaksi Khairul Aming nampak lebih real. Jika dia teruja, dia betul-betul memperlihatkan reaksinya teruja sama seperti reaksi pembeli lain apabila bungkusan penghantaran sampai di rumah.

Meninjau ke ruangan balas, ramai yang kagum dengan kenyataan ini. Malah, mereka turut berkata bahawa inilah influencer yang sebenar. Khairul Aming menggunakan namanya sebagai platform untuk membantu orang lain bukan sahaja peniaga tempatan tetapi juga pembeli-pembeli dengan berkongsikan sesuatu yang jujur dan bermanfaat.

Tak hairan juga bila ada yang menyamakannya dengan nama besar dunia kerana pengaruh yang dibawanya. Hebat Khairul Aming! Kita doakan agar Khairul Aming sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan buatnya.

Baca juga: Budaya “Cancel” Buat Khairul Aming Resah Setiap Hari

Sumber: Khairul Aming

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.