Connect with us

Hiburan

Kisah Seorang Doktor Tukar Kerjaya Sebagai Pereka Kek Menjadi Inspirasi

Benarlah kita perlu sentiasa percaya kepada rezeki.

Published

on

Pilihan kerjaya merupakan satu perkara yang sangat penting kerana ia menentukan masa hadapan seseorang. Oleh kerana itu, membuat keputusan untuk menukar kerjaya selepas penat lelah belajar dalam jurusan yang lain bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan.

Baca juga: “Kongsi Sikit Terus Orang Serbu Beli” –  Besarnya Pengaruh Khairul Aming Sehingga Setiap Produk Dikongsi “Laku Keras”

Namun, lelaki ini yang merupakan seorang pelajar perubatan dan telah pun bekerja sebagai seorang doktor sebelum ini membuat keputusan paling besar dalam kehidupannya apabila dia memilih untuk tukar kerjaya sebagai seorang pereka kek.

Kisah ini dikongsikannya di laman Tiktok milik peribadinya. Menerusi kapsyen di posting tersebut, Naqiuddin Rozman menulis dengan ringkas “Doctor turned to cake designer” dan menunjukkan perjalanannya daripada seorang doktor kepada pereka kek yang kreatif. Kata Naqiuddin, dia memang minat membuat kek. Malah sejak dia berada di dalam bidang perubatan lagi dia telah menjadikan pembuatan kek sebagai hobinya.

@abangkatikDoctor to cake designer ##fypシ ##forpageyou ##foryoupage ##foodiemy♬ Beggin’ – Måneskin

Meninjau ke ruangan balas, ada yang bertanya bagaimana Naqiuddin mendapat keyakinan untuk menukar bidang kerjaya kerana ianya bukanlah perkara yang mudah. Jawabnya, dia juga baru sahaja 4 tahun menukar bidang kepada pembuatan kek. Tambahnya, dia suka kedua-dua kerjaya namun rezekinya lebih kepada pembuatan kek.

Ramai yang memintanya untuk berkongsikan dengan lebih mendalam lagi tentang perjalanannya sebagai rujukan dan motivasi buat mereka. Ada juga yang menjadikan kisah ini sebagai inspirasi buat mereka teruskan kerjaya dalam bidang yang mereka minati.

Rata-rata memuji keberanian dan kesungguhan Naqiuddin dalam menjadikan minatnya sebagai kerjaya. Benarlah kita perlu sentiasa percaya kepada rezeki. Apa pun, kami doakan agar minat ini mampu membawa Naqiuddin lebih jauh dalam kerjayanya.

Baca juga: “Nasib Baik Tak Bersalin Awal” –  Wanita Terkejut Ular Sawa Muncul Di Side Mirror, Ramai Seriau Lihat Video Dikongsikan

Sumber: Naqiuddin Rozman

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di