Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Kini Dikenali Sebagai Ai.Z, Imej Dan Lagu Baharu Aizat Amdan Bakal Bawa Diri Ke Hollywood!

today17 June 2021

Background

Rasanya macam dah lama tak dengar lagu terbaharu dari penyanyi muda berbakat besar, Aizat Amdan. Mula menempa nama menerusi sebuah program realiti nyanyian, Aizat mula dikenali ramai dengan lagu seperti Hanya Kau Yang Mampu, Sungai Lui, Teka Silang Kata dan banyak lagi. Setelah lama tidak hadir dengan naskah baharu, kini Aizat bukan sahaja hadir dengan lagu baharu, tetapi dengan wajah dan nama baharu.

Image via:https://www.hmetro.com.my/

Aizat Amdan yang kini dikenali sebagai Ai.Z dilihat membawa imej yang lebih kontemporari, dan langkah itu adalah untuk membawa dirinya ke pentas antarabangsa. Hal itu turut diakui oleh Ai.Z apabila dia sudah tetapkan untuk membawa penampilan baharu sesuai dengan pentas antarabangsa. Sebagai pengenalan, Ai.Z atau nama penuhnya Muhammad Aizat Amdan, 32 tahun, melancarkan single The Last Thing ciptaannya bersama Yuna.

Baca juga:Β “Kita Pun Boleh Jadi World Class” – Pertama Kali Jadi Muka Hadapan Majalah Vogue, Yuna Kongsi Kisah Di Hollywood

Lagu ini diakui oleh peminat muzik tanah air bahawa ia mempunyai vibe lagu antarabangsa. Di Twitter, rata-rata wargamaya memuji langkah berani Ai.Z dalam memasarkan diri ke peringkat antarabangsa. Sementara itu, di YouTube pula, ramai yang memuji lagu single tersebut dan menyatakan ianya kedengaran seolah-olah lagu dan penyanyi antarabangsa.

Keterujaan peminat muzik tanah air jelas kelihatan dan berharap nama Ai.Z akan sehebat Yuna di Amerika Syarikat (AS). Kata Ai.Z, dia tidak menolak sekiranya jalan terbuka buatnya di AS. Apa-apa pun, tahniah buat Ai.Z dan semoga berjaya di peringkat antarabangsa.

Baca juga:Β [VIDEO] Terdengar Jeritan Seperti Suara Mengilai Masa Rakam Video Waktu Maghrib Buat Azfar Heri Cemas!

Sumber berita: Harian Metro

Written by: Hamka Rosli


Previous post