Connect with us

Hiburan

“Kesian Ibu Di Rumah Tercari-Cari Periuk Nasi” – Wanita Bawa Nasi Sendiri Ke Restoran Untuk Jimat

Wanita bawa nasi sendiri ke restoran untuk jimat, dengan periuk nasi dia bawa!

Published

on

Kalau makan di kedai yang menjual menu masakan tengah hari, tentu pelbagai aneka lauk yang kita dapat nikmati. Kalau lapar sangat, mungkin nasi diambil dalam kuantiti yang banyak. Bak kata orang ‘segunung’ nasi banyaknya. Biasanya tidaklah terlalu mahal caj yang dikenakan untuk sepinggan nasi. Kalau di kedai makanan segera pula biasanya nasi akan dijual dalam satu set.

Bagaimanapun, itu tidak menjadi penghalang untuk seorang wanita ini untuk elak membayar caj nasi putih sepinggan. Gara-gara ingin jimat, seorang wanita dilihat membawa nasi dari rumah ke restoran untuk dimakan bersama dengan menu lain. Apa yang mencuit hati, wanita tersebut turut membawa periuk nasi bersamanya ke kedai.

@aquarius.bethbacot kelen semua jadiin aku pemenang sound ini cepat!!! Gak rame ku hapus bye!!!♬ Goodbye (feat. Lyse) [Slow Version] – Feder

Video memaparkan wanita dari Indonesia itu tular di media sosial apabila dia dirakam membawa periuk nasi sendiri ketika datang makan di sebuah restoran di Jakarta baru-baru ini. Rakaman video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok itu memaparkan wanita tersebut secara bersahaja membawa periuk nasi ketika masuk ke dalam restoran.

Memang niatnya untuk memakan di situ tetapi hanya memesan lauk pauk sahaja dari pelayan restoran itu kerana sudah membawa nasinya sendiri. Apabila lauk yang dipesan tiba di meja, wanita itu membuka periuk nasi dan menyenduk nasi yang sudah siap dimasak ke dalam pinggannya. Memang betul-betul nak jimat!

Sementara itu, rata-rata warganet terhibur dengan tindakan wanita terbabit sehingga ada yang mengatakan dia berasa malu melihat aksi tersebut. Ramai juga yang terkejut melihat wanita itu membawa periuk nasi sedangkan dia boleh je bawa nasi yang diisi dalam bekas kecil. 

“Kasihan ibu di rumah tercari-cari di mana periuk nasi­nya,” komen seorang netizen berhubung video itu.

Rakaman video tersebut mencatat lebih satu juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam selepas dimuat naik di platform TikTok. Unik sungguh cara wanita tersebut berjimat. Tapi ada baiknya kalau lauk pauk di kedai itu dibungkus sahaja untuk dimakan di rumah. 

Baca juga artikel menarik lain:

“Mereka Yang Buat Saya Nak Keluar Dari Islam” – Ini Nasihat Syed Bakri Terhadap Sajat

“Jumlah Rakyat Jatuh Miskin Semakin Meningkat Akibat Pandemik” – Perdana Menteri

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Kosmo

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5656
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di