Connect with us

Hiburan

Hanya Kerana Cinta, Wanita Ini Tidak Melihat Cahaya Selama 25 Tahun

Kesian wanita tu kena kurung sampai 25 tahun…

Published

on

Kisah tragik tentang perhubungan cinta yang tidak direstui ibu bapa biasa dilihat di dalam filem atau drama, tetapi kisah seperti ini betul-betul terjadi dalam kehidupan sebenar. Ia berlaku di kota Paris pada tahun 1901 di mana seorang wanita dijumpai dikurung dalam satu bilik kecil di dalam sebuah rumah. Namun, wanita yang bernama Blanche Monnier itu dipercayai hilang selama 25 tahun selepas dia menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pemuda. Dia dipercayai melarikan diri kerana cinta. Tetapi ini apa yang diberitahu oleh keluarganya kepada orang ramai.

Kecurigaan Bermula Dari Sepucuk Surat…

Kisah ini bermula apabila Peguam Negara Paris menerima sepucuk surat yang tidak diketahui oleh siapa, tetapi kandungan surat itu memaklumkan bahawa terdapat kecurigaan terhadap sebuah keluarga yang agak ternama di kota itu. Walaupun surat itu tidak bernama, Peguam Negara tersebut terus membuat siasatan kerana isi kandungan surat tersebut agak mengganggu fikiran. Di dalam surat tersebut ditulis bahawa keluarga Monnier telah mengurung anak perempuannya yang dikatakan menghilangkan diri sekian lama.

Semasa hendak memulakan siasatan, mereka mempunyai keraguan juga terhadap isi kandungan surat tersebut. Agak pelik bagi sebuah keluarga yang ternama untuk melakukan perbuatan yang teruk seperti itu. Madam Monnier, yang merupakan ibu kepada wanita tersebut merupakan orang yang disegani di kota tersebut. Beliau banyak melakukan kerja-kerja kebajikan terhadap masyarakat di situ dan pernah menerima pengiktirafan terhadap sumbangan beliau. Manakala anak lelakinya, Marcel, merupakan pelajar cemerlang semasa di sekolah dan bekerja sebagai seorang peguam yang dihormati. Jadi memang agak pelik dan sangsi bagi pihak Peguam Negara untuk melakukan siasatan terhadap keluarga Madam Monnier.

Dijumpai Dalam Keadaan Mengejutkan!

Selama 25 tahun keluarga tersebut menjalani kehidupan seperti biasa dan tiada usaha mencari anak perempuannya yang hilang itu. Disebabkan itu, siasatan tetap diteruskan untuk mencari kebenaran. Pihak polis membuat pencarian di halaman rumah serta di dalam rumah, namun tidak menemui apa-apa yang mencurigakan, sehinggalah mereka terbau satu bau yang sangat kuat datang dari tingkat atas. Setelah mereka pergi ke tingkat atas, mereka terjumpa pintu yang dikunci dengan mangga. Kunci dipecahkan dan pintu dibuka. Tetapi mereka tidak nampak apa-apa kerana bilik tersebut terlalu gelap tanpa cahaya, ditambah lagi dengan bau busuk yang amat kuat.

Satu-satunya tingkap di dalam bilik tersebut telah ditutup rapat dan diletakkan papan supaya tiada cahaya dapat masuk ke bilik itu. Pihak polis menurunkan papan dan membuka tingkat tersebut. Apa yang mereka nampak selepas itu merupakan satu mimpi ngeri. Blanche Monnier yang dilaporkan hilang 25 tahun lepas dijumpai semula di dalam bilik yang berkunci itu dalam keadaan kurus kering dan diselaputi dengan kotoran makanan serta najis. Wanita itu juga turut dirantai di katilnya. Begitu lah betapa teruknya keadaan wanita itu ketika ditemui.

Dikurung Kerana Bercinta Dengan Lelaki Tidak Setaraf

Selepas tingkap dibuka, itulah kali pertama Blanche Monnier melihat cahaya selepas 25 tahun dikurung dalam bilik tersebut. Ibunya kemudian dihadapkan ke mahkamah kerana perbuatannya itu. Punca wanita itu dikurung adalah kerana dia bercinta dengan seorang jejaka yang agak berumur dan merupakan seorang peguam yang kurang berjaya. Disebabkan status yang berbeza dan lelaki itu tidak mempunyai harta yang banyak, ibunya tidak merestui hubungan mereka. Disebabkan wanita itu tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan hubungan tersebut, dia dikurung di dalam bilik kecil di rumahnya sebagai pengajaran.

Madam Monnier meninggal dunia selepas 15 hari dipenjarakan, dan anak lelakinya yang didakwa bersubahat telah menjalani hukuman penjara selama 15 bulan. Begitulah kisah bagaimana seorang wanita yang hanya menuruti kata hatinya untuk mencintai seorang lelaki akhirnya dikurung selama 25 tahun. Adakah ianya berbaloi?

 

 

Baca juga artikel menarik yang lain:

James Bulger – Tragedi Pembunuhan Anak Kecil Yang Dilakukan Kanak-Kanak Berusia 10 Tahun!

‘Mayat’ Hidup Semula Selepas Semalaman Dalam Peti Sejuk Beku

 

 

 

 

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: Artis terlanjur. Hanya Kerana Cinta, Wanita Ini Tidak Melihat Cahaya Selama 25 - DUNIA ARTIS POPULAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di