Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Kerajaan Belanda Anjur Konsert Semasa Pandemik COVID-19 Masih Belum Berakhir…

today28 March 2021

Background

Setahun sudah berlalu dunia mendepani wabak COVID-19, di mana kita melihat hampir kesemua corak kehidupan berubah secara total. Bagi mereka yang mencintai muzik dan konsert, ia tentu menjadi mimpi ngeri apabila semua acara yang melibatkan orang ramai berkumpul dalam satu-satu tempat terpaksa dihentikan. Tidak ada acara konsert sepanjang setahun.Β 

Image via:https://www.iamexpat.nl/

Bagaimanapun, situasi yang berbeza di Belanda apabila kerajaan di sana melakukan satu eksperimen pertemuan sosial berskala besar yang berlangsung selama dua hari untuk melihat sejauh mana kebarangkalian jangkitan COVID-19 pada masa kini. Maka, satu konsert dianjurkan di Belanda yang dipanggil β€˜Festival Back to Live’ yang juga merupakan konsert yang dipersetujui oleh kerajaan di sana.Β 

Tujuan konsert itu diadakan adalah untuk melihat bagaimana sebuah konsert berskala besar tetap boleh dianjurkan dalam keadaan dunia masih dilanda pandemik COVID-19. Dengan menggunakan aplikasi di telefon untuk melakukan virus tracing, kerajaan Belanda telah mengadakan satu konsert di pinggiran Ibu Kota Amsterdam pada hujung minggu lalu. Seramai 1,500 penonton hadir sebagai sukarelawan bagi menjayakan eksperimen tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by VICE Indonesia (@viceind)

Para penonton juga dibenarkan untuk berhibur, berpesta dan menari seakan-akan tidak ada wabak COVID-19 di situ. Bagaimanapun, kesemua penonton harus diuji dahulu sama ada mereka memiliki wabak tersebut ataupun tidak sebelum dibenarkan masuk. Sekiranya didapati positif COVID-19, maka mereka tidak akan dibenarkan menyertai acara tersebut. Penonton yang menyertai acara tersebut juga akan dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk pihak berkuasa memantau keberadaan mereka.Β 

Bagaimanapun, hasil daripada eksperimen ini bakal dikeluarkan pada April ini. Jadi, sama-samalah kita tengok hasil eksperimen mereka ini menjadi ataupun tidak.

Baca juga artikel menarik lain:

Beli-belah Pakaian Teman Wanita, Hubungan Bersama Skandal Kantoi Di Tengah Jalan

Makan Gaji Atau Kerja Sendiri, Apa Kelebihan Dan Cabarannya?

Sumber daripada: Kompas

Written by: Hamka Rosli


Previous post