Connect with us

Hiburan

Kenapa Orang Amish Terpisah Dari Kemodenan?

Itulah cara hidup masyarakat Amish di Amerika Syarikat…

Published

on

Mungkin ada yang pernah dengar tentang satu masyarakat yang tinggal di Amerika Syarikat ini tetapi jauh daripada kemodenan dunia. Masyarakat ini dikenali sebagai Amish, telah berada di Amerika Syarikat sejak abad ke-18 lagi. Menurut sejarah, semasa awal abad ke-18 kelompok masyarakat ini melarikan diri daripada penganiayaan agama di Eropah. Dikatakan pada tahun 1525, terdapat satu gerakan keagamaan yang radikal dikenali sebagai Gerakan Anabaptist di Eropah. Gerakan ini amat dibenci oleh pihak gereja Katolik dan Protestant. Dalam gerakan ini, mereka akan melakukan upacara penyucian untuk individu dewasa, sedangkan hal ini bertentangan dengan ajaran majoriti Kristian yang melakukan upacara ini semasa bayi. Upacara yang dilakukan dalam gerakan ini adalah terlampau ekstrem seperti melemaskan dan membunuh penganutnya.

Kehidupan Yang Jauh Dengan Kemodenan Dunia

Selepas itu seorang paderi, Jakob Amman, membawa pengikut-pengikutnya melarikan diri ke Pennsylvania dan menubuhkan Gereja Amish pada tahun 1600. Nama ‘Amish’ itu sendiri diambil daripada nama paderi tersebut. Jadi dari situlah bermulanya kehidupan orang-orang Amish di tanah Amerika Syarikat. Walaupun Amerika Syarikat dikenali sebagai negara yang maju di dunia, tapi tak semua rakyat yang tinggal di situ terdedah kepada kemodenan dunia. Masyarakat Amish masih lagi mengamalkan gaya hidup seperti 100 tahun dahulu.

Hal ini adalah disebabkan kepercayaan atau ajaran yang dibawakan oleh Jakob Amman bahawa penganutnya harus mematuhi ajaran Kristian dan meninggalkan hal duniawi dalam kehidupan seharian mereka. Perkara ini sangat jelas kalau kita melawat perkampungan orang Amish dimana mereka masih lagi menggunakan kuda atau kereta kuda sebagai kenderaan mereka dan juga bertani sebagai pekerjaan utama mereka. Bagaimanapun, bagi mereka kemodenan tidaklah membawa kejahatan secara langsung kepada mereka, tetapi akan membuatkan diri mereka terdedah dengan budaya asing yang akan mempengaruhi cara hidup mereka.

Tidak Ada TV, Radio Dan Kereta

Bagi kita yang dah terbiasa dengan kehidupan moden mesti akan berasa janggal melihat kehidupan orang Amish. Dalam setiap rumah di perkampungan Amish, tidak akan jumpa TV, radio atau alat-alat elektronik yang lain, sebabnya tiang elektrik pun tak ada. Jadi boleh dikatakan masyarakat Amish ni betul-betul terpisah daripada kemodenan. Kalau kita mungkin tak terfikir apa aktiviti yang dilakukan oleh orang-orang Amish ni kalau radio pun tak ada. Tapi bagi mereka ianya satu kebiasaan. Sebahagian besar waktu dihabiskan untuk membaca, bermain permainan tradisional, dan bermain puzzle. Golongan wanita pula banyak menghabiskan masa menjahit dan merapikan rumah.

Kenderaan utama mereka seperti yang dikatakan tadi adalah menggunakan kuda. Mereka tidak dibenarkan menggunakan atau memiliki kenderaan peribadi sebab bagi mereka ia dapat menjadikan seseorang itu sombong dan terlena dengan urusan duniawi. Bagaimanapun, mereka tetap menggunakan public transport yang disediakan dan juga sering menyewa bas untuk berjalan beramai-ramai. Cuma satu-satunya kenderaan yang tidak akan dinaiki oleh golongan Amish adalah Kapal Terbang. Sampai sekarang pun masyarakat ini tidak pernah naik dan tak akan naik kapal terbang.

Populasi Kian Berkembang

Masyarakat Amish merupakan salah satu kelompok yang paling cepat berkembang di Amerika. Populasi mereka dikatakan telah meningkat daripada 5,000 orang pada tahun 1920 kepada hampir 300,000 orang sekarang. Sebahagian pertumbuhan populasi itu berlaku dalam tempoh tiga dekad terakhir. Peningkatan populasi ini dipercayai berpunca daripada kepercayaan mereka bahawa keluarga yang besar merupakan satu berkat daripada Tuhan. Selain itu, mempunyai keluarga yang besar bermaksud semakin ramailah tenaga kerja di dalam komuniti Amish.

Cara hidup orang Amish sememangnya unik walaupun mereka jauh daripada teknologi moden. Tambahan lagi, keakraban mereka sesama masyarakat amat kuat disebabkan cara hidup yang mereka amalkan. Setiap masalah dalam masyarakat harus diselesaikan sebulat suara. Oleh sebab itu, mereka dikenali sebagai antara masyarakat yang sangat baik dan menghormati orang lain.

Nampak macam orang Amish ni sampai bila-bila akan kekal hidup seperti tu termasuklah hingga ke anak cicit. Tapi sebenarnya semasa mereka mencapai usia dewasa, mereka diberi pilihan samada mahu kekal dalam komuniti Amish ataupun keluar daripada situ. Jika mereka pilih untuk keluar, mereka tidak dibenarkan kembali semula ke dalam komuniti tersebut.

Kalau anda ingin melawat perkampungan Amish ni boleh je. Di Sana memang ada sediakan pakej pelancongan ke perkampungan orang Amish. Cumanya para pelancong tidak akan dibawa ke kawasan perumahan mereka atau tempat-tempat mereka melakukan aktiviti. Kita cuma akan dibawa ke satu tempat khas seluas lebih kurang 5 hektar yang digunakan sebagai tempat tour. Di situ tour guide akan menceritakan tentang cara hidup komuniti Amish.

Baca juga artikel menarik lain:

5 Kereta Malaysia Paling Berjaya Dalam Sejarah

Guilia Tofana – Kisah Wanita Yang Meracuni 600 Lelaki

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.