Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Kenali Pelakon-Pelakon Utama Money Heist Versi Korean

today2 April 2021

Background

Peminat drama bersiri dan filem semestinya dah tak sabar nak tunggu keluaran Netflix Original β€˜La Casa De Papel (The House of Paper) atau lebih dikenali sebagai Money Heist siri yang ke-5 tak lama lagi. Pada Disember tahun lepas, produser drama tersohor Korea, Kim Hong-Sun, memberitahu hasratnya untuk mengadaptasi drama Sepanyol ini kepada versi Korean. Wah! bagus produser drama hebat untuk The Guest dan Voice ni, tak lepaskan peluang keemasan.

Semalam, Netflix Korea telah memperkenalkan selebriti-selebriti terkenal Korea yang bakal memegang watak-watak utama dalam drama bersiri ini. Lineup untuk watak utama dalam drama hebat ini dibawa oleh Yoo Ji-tae (When My Love Blooms) sebagai Professor, Jun Jong-Seo (The Call) sebagai Tokyo, dan Park Hae-Soo (Prison Playbook) sebagai Berlin. Bintang filem Parasite Park Myung Hoon bakal memegang watak sebagai Arturo Roman.

Meninjau di aplikasi Twitter, rata-rata peminat drama Sepanyol ini semakin tak sabar dan menanti Money Heist versi Korean. Lebih-lebih lagi bila dah tahu pelakon-pelakon Korea yang hebat dan terkenal akan menandingi drama bersiri genre crime thriller ini. Antara salah satu drama bersiri keluaran Netflix Original yang hangat diperkatakan di media sosial ni adalah Money Heist kan. Wajarlah kalau sampai ke Korea.

Siapa tahu mungkin suatu hari nanti industri seni di tanah air kita pun bakal keluarkan drama bersiri seperti Money Heist. Ha apa lagi drama bersiri Netflix yang anda suka tonton?

Penulis: Aqilah Paharuzi

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Tengku Permaisuri Selangor Cemar Duli Baca Berita Perdana Khas, Ramai Kagum Dan Merasakan Masih Ada Aura

Jejari Kentang Punya Pasal, Lelaki Ini Sanggup Cekik Isteri Sampai Mati!

Sumber: Instagram@theswoonnetflix, The Jakarta Post

Written by: Adinna


Previous post

Ex4j5cEWYAAHlBe

Sukan

Beberapa Jam Selepas Jumpa Presiden Barcelona, Raiola Dan Ayah Haaland Ke Madrid Pula

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Erling Haaland kembali hangat dengan spekulasi perpindahan Barcelona apabila ayahnya dan ejennya – Mino Raiola – telah tiba di Barcelona. Akhbar Sepanyol Sport menerbitkan sebuah video di laman webnya yang menunjukkan ejen Mino Raiola dan Alf-Inge Haaland muncul dari sebuah lapangan terbang dan menaiki kereta yang dipandu pemandu khas. Dilaporkan bahawa pemandu tersebut adalah anggota kakitangan... Klik untuk […]

today2 April 2021