Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Kembar Tiga Hamil Masa Yang Sama, Bayi Dijangka Lahir Selang Beberapa Minggu

today24 June 2021

Background

Saat menunggu kelahiran bayi adalah saat yang dinanti-nantikan bagi pasangan suami isteri. Tapi bagi tiga pasangan kembar ini, keterujaan menunggu saat kelahiran bayi dikongsi bersama apabila ketiga-tiga mereka hamil serentak dan bayi dalam kandungan dijangka lahir selang beberapa minggu sahaja.

Saudara perempuan kembar tiga yang dilahirkan hanya dalam jarak empat minit itu dikhabarkan akan menyambut dua bayi lelaki dan seorang bayi perempuan. Disebabkan mereka merupakan pasangan kembar, maka dengan kelahiran bayi mereka ini secara serentak pasti menjadikan mereka sebuah keluarga yang sangat rapat.

Image via:https://www.mirror.co.uk/

Baca juga:Β Pengambilan Khas Guru Secara ‘One-Off’ 2021, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Memohon

Gina, Nina dan Victoria, 35 tahun, berasal dari Orange Country, Los Angeles dijangka akan melahirkan bayi mereka pada bulan Julai, Ogos dan juga November. Mereka ternyata tidak sabar untuk menyambut kedatangan anak-anak mereka ke dunia ini. Apa yang pasti, bayi mereka akan dikelilingi dengan mak cik mereka yang penyanyang.

Dalam satu temubual, Victoria memberitahu bahawa dia dan Nina yang galakkan Gina untuk hamil sekali apabila mereka berdua mendapati mereka sedang hamil.Β 

Image via:https://www.mirror.co.uk/

“Setelah kami mengetahui bahawa Nina hamil, kami beri galakan buat Gina juga untuk turut hamil,” katanya.

Ketiga-tiga mereka kini dikhabarkan tidak akan meninggalkan rumah tanpa mengenakan pakaian yang sedondon. Ketiga-tiga mereka juga dilaporkan sudah memilih nama anak masing-maising.Β 

“Saya sebenarnya tua empat minit berbanding mereka bedua. Saya akan menimang seorang bayi perempuan dan menamakannya Leighton Grace,” ujar Gina.

Image via:https://www.mirror.co.uk/

Sementara itu, Nina yang bakal menimang bayi lelaki akan menamakan anaknya Hendrix Paul, manakala bayi lelaki Victoria pula dinamakan Zaden Seth. Ketiga-tiga mereka sememangnya tidak sabar untuk bergelar seorang ibu dan anak-anak mereka nanti pasti akan menjadi saudara sepupu yang rapat.

Baca juga:Β Peguam Paling Baik Hati! Terima Ketam Sebagai Bayaran Selepas Anak Guam Tak Mampu Bayar Kos Guaman

Sumber daripada: Mirror UK

Written by: Hamka Rosli