Connect with us

Hiburan

“Kau Tak Payah Nak Sekolahkan Aku..” – Lana Nordin Berang Dengan Netizen Yang Hanya Pandai Bercakap

Lebih menambah kepada rasa bengangnya apabila ada netizen yang berkata bahawa Lana Nordin ‘over-reacted’.

Published

on

Beberapa hari yang lalu, pelakon, Lana Nordin meluahkan rasa tidak puas hati selepas pulang dari sebuah pasaraya kerana terdapat beberapa bahagian yang ditutup. Katanya, barangan seperti alat bakeri, barangan elektrik seperti mentol serta extension plug bahkan botol dan puting susu anak adalah antara barangan keperluan buat mereka yang duduk di rumah. Dia turut menambah bahawa alkohol boleh pula dijual tetapi barangan lain yang penting tidak boleh pula dijual.

Baca juga: Urus Anak Dan Kerja Rumah Sendiri, Sari Yanti Akui Terkial-kial Tanpa Pembantu Rumah

Lebih menambah kepada rasa bengangnya apabila ada netizen yang berkata bahawa Lana Nordin ‘over-reacted’ kerana barangan yang disebutkan contohnya barangan bakeri boleh saja dibeli di tempat lain malah beli online pun boleh. Lana kemudian menjawab kenyataan itu melalui Instagram storynya, “Kau tak payah nak sekolahkan aku, aku tahu”.

Menurut Lana, jika ada di tempat lain dia pasti sudah membelinya di tempat lain namun barangan yang dicarinya tiada di tempat lain kalau ada pun saiz dan jenisnya bukan seperti yang diingini. Hanya di pasaraya tersebut sahaja ada menjual barangan bakeri seperti yang diinginkan tetapi bahagian itu tutup pula.

Menjawab kepada beli barangan online, Lana berkata bahawa tentu sahaja dia tahu bahawa barangan seperti ini boleh dibeli secara online memandangkan sekarang semuanya di hujung jari sahaja. Namun, cara ini tidak boleh diaplikasikan ketika berada dalam keadaan kecemasan. Jika beli online tidak tentu bila barangan tersebut akan sampai sedangkan ianya hendak digunakan dengan segera.

Sebaik pengumuman dibuat di mana pasaraya yang menjual barangan keperluan atau essential boleh membuka semua bahagian di dalamnya termasuklah barangan elektrik, pakaian dan lain-lain, Lana Nordin terus mencapai peluang itu untuk pergi semula ke pasaraya berkenaan. Dia akhirnya berjaya mendapatkan barangan bakeri yang diperlukan. Happy betul nampaknya Lana lepas dapat apa yang diinginkan.

Rupa-rupanya barangan bakeri tersebut adalah untuk perniagaan Lana. Lana ada menjual pelbagai jenis roti yang dibakar sendiri. Semuanya nampak menarik dan sedap lagi-lagi bila nampak roti tersebut panas-panas keluar dari alat ketuhar, mengiurkan. Oleh kerana dia tidak dapat membeli barangan bakeri semalam, dia terpaksa menolak order daripada pelanggan. Patutlah Lana berang, netizen pula main cakap sahaja tidak mahu memahami input yang ingin disampaikan. Apa pun, kita doakan agar perniagaan Lana Nordin dipermudahkan.

Baca juga: “Bahasa Sangat-Sangat Hebat Kamu Semua..” Zara Zya “Sinis” Dengan Netizen Yang Kecam Menggunakan Bahasa Kasar

Sumber: Lana Nordin

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.