Connect with us

Hiburan

“Kasi Jadi DSV!” – Dato Seri Vida Bakal Beli Perak FC?

Jelas terpancar di dalam gambar itu, DSV dilihat sangat bersemangat untuk menjadi pemilik kelab Liga Super selepas ‘dirisik’ oleh Perak FC baru-baru ini.

Published

on

Seorang usahawanita kosmetik ternama, kini Dato Seri Vida atau lebih mesra disapa DSV bakal jadi pemilik pasukan bola sepak? Menerusi perkongsian gambar dirinya di depan stadium Perak, ramai pengikut memberi komen setuju dan menyokong tindakannya itu.  Jelas terpancar di dalam gambar itu, DSV dilihat sangat bersemangat untuk menjadi pemilik kelab Liga Super selepas ‘dirisik’ oleh Perak FC baru-baru ini.

Perkongsian gambar berkenaan dalam Instagram bersama kapsyen:

“Patutkah saya buat langkah baru? Apa komen sayang semua?.”

Beliau telah mendapat pelbagai reaksi positif daripada ribuan penyokong Perak dan mereka menyatakan menerima kehadiran jutawan kosmetik itu dengan tangan terbuka. Bagaimanapun, ada satu komen mendapat perhatian ramai apabila pengikutnya itu membuat permintaan istimewa iaitu DSV tidak menukar jersi pasukan kepada warna Merah Jambu seperti yang dilakukan kepada Kelantan.

Baca artikel lain: “Salute To You Cap!” – IG Live Caprice Bersama ‘Influencers’ Israel Mendapat Perhatian Orang Ramai

Tambah DSV, pengalamannya sebelum ini menjadi penaja Utama Kelantan pada 2016 dan 2017 membuatkan dirinya lebih berhati-hati sebelum membuat apa-apa keputusan secara mendadak. DSV kemudiannya menyatakan beliau sendiri telah pergi membuat lawatan dan tinjauan untuk memastikan keputusannya kali ini adalah yang terbaik dan membuahkan hasil.

Difahamkan sebelum ini beliau telah ‘dirisik’ oleh beberapa individu dalam Perak FC untuk mengambil alih pasukan itu yang kini berdepan masalah kewangan. Apa pun keputusan DSV, harapnya ia menguntungkan semua pihak. Mana tahu selepas ini DSV sendiri akan turun padang duduk bersama penyokong dan sediakan lagu sorakan khas buat Perak FC? Barulah lain daripada yang lain!

Baca juga: “Berita Pasal Palestin Takkan Nak Senyum..” – Disuruh Senyum Ketika Baca Berita Asrul Nizam Bidas Kritikan

Sumber: Instagram DSV

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5656
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di