Connect with us

Hiburan

“Kami Perlukan Ustaz..” – Bimbang Keadaan Semasa Negara, Ramai Minta Ustaz Ebit Lew Pulang Ke Tanah Air

Begitu hebat kasih sayang rakyat Malaysia kepada UEL sehingga menjadi ‘harapan’ mereka dan menyeru UEL untuk pulang ke tanah air..

Published

on

Siapa yang tidak kenal pendakwah hebat kesayangan ramai rakyat Malaysia yang sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang tidak bernasib baik tanpa mengambil kira bangsa, agama, mahupun kaum seseorang. Umum mengetahui pendakwah tercinta ramai ini, Ustaz Ebit Lew (UEL) baru sahaja dapat memasuki perkarangan Palestin setelah hampir sebulan menantikan peluang tersebut bagi meneruskan Misi Bantuan Kecemasan Gaza Palestin untuk menyampaikan sumbangan serta bantuan kecemasan akibat serangan rejim Israel ke atas mereka.

Terbaru, UEL memuat naik perkembangan terkini di seluruh platform media sosialnya mengenai keberadaannya di sana yang sedang bergiat aktif memberikan bantuan kepada kanak-kanak dan beberapa keluarga yang terkesan di sana. Menurut UEL, dia berasa sebak apabila melihat beberapa kawasan di Palestin yang habis musnah akibat serangan bom bertubi-tubi kepada mereka. 

Baca juga: Sekian Lama Tanpa Berita, Akhirnya Ustaz Ebit Lew Kongsi Sudah Selamat Tiba Di Gaza

Tidak dinafikan lagi, nama UEL amat dikenali di seluruh Malaysia dek kerana sikap prihatin UEL yang sering menjadi ‘wira’ negara yang sering menghulurkan bantuan kecemasan apabila tular kes mereka yang tidak bernasib baik di Malaysia. Melihat keadaan semasa tanah air yang semakin terhimpit akibat pandemik COVID-19, ramai rakyat Malaysia yang bimbang dengan tekanan yang dihadapi segelintir rakyat Malaysia yang terjejas pendapatan akibat pandemik ini sehingga muncul inisiatif kempen rakyat iaitu ‘Kempen Bendera Putih’.

Lebih menarik perhatian apabila tinjauan di ruangan komen posting UEL di Twitter mendapati  ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang menyeru belas kasihan ihsan daripada UEL untuk pulang semula ke Malaysia dan melihat keadaan semasa rakyat yang semakin terdesak dan terkesan akibat pandemik ini. Menurut mereka, kes bunuh diri semakin tidak terkawal dan mereka mengharapkan UEL untuk kembali ke Malaysia bagi memberikan bantuan kepada mereka yang telah menaikkan bendera putih. Sayu rasa hati apabila rakyat Malaysia kita sampai mengharapkan bantuan ihsan dariapda UEL.

Meninjau di ruangan komen posting UEL di Twitter, ada juga dalam kalangan mereka yang mendoakan UEL agar sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan sihat di Palestin. Mereka juga berterima kasih dan bersyukur kerana mempunyai insan yang mulia dan ikhlas dalam membantu nasib saudara Islam yang amat terkesan akibat serangan Israel kepada Palestin.

Bagaimanapun, tanggungjawab UEL masih perlu diteruskan di Palestin kerana insan hebat seperti UEL ini tidak akan mengabaikan janji beliau untuk membantu mereka yang dalam kesusahan. Apa-apa pun, sama-sama kita doakan agar misi bantuan kemanusiaan UEL akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNya. Semoga UEL akan berada dalam keadaan sihat dan selamat untuk kembali ke tanah air nanti.

Baca juga: “He’s Ok..” – Desas-Desus Ustaz Ebit Lew Hilang Di Gaza, Caprice Tampil Beri Pencerahan

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Twitter Ustaz Ebit Lew, Kosmo

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.