Connect with us

Hiburan

“Jangan Melawak Pasal Rakyat Yang Dah Pergi” – Altimet Tegur Doktor Bergurau Tidak Kena Masa

Namun, mungkin ini semua hanya salah faham…

Published

on

Dalam kita masih berperang dengan pandemik wabak membunuh COVID-19 ini, dan angka kematian pula semakin hari semakin meningkat, ramai yang sudah mula timbul kesedaran untuk bersama mengekang penularan wabak ini. Di media sosial pula, setiap kata-kata kita berkaitan wabak ini menjadi perhatian para wargamaya, terutamanya mereka yang memegang status influencer ataupun selebriti. 

Terbaharu, seorang doktor yang sentiasa dilihat aktif di Twitter menerima kecaman ramai gara-gara mengeluarkan satu ciapan balas yang dikatakan kurang sensitif. Ciapan doktor tersebut dikatakan seolah-olah bergurau mengenai pesakit COVID-19 yang sudah meninggal dunia. Mungkin disebabkan beliau seorang doktor yang dikenali di media sosial, maka ramai memberi respon terhadap ciapan tersebut.

Baca juga: “Jangan Cakap Buruk Pasal Anak Saya Lagi” – Maryam Sedih Terpalit Kontroversi Sehingga Ada Yang Libatkan Kandungannya

Selain wargamaya, tidak ketinggalan juga penyanyi rap terkenal tanah air, Altimet turut menyuarakan kekecewaannya terhadap ciapan yang dikeluarkan oleh doktor itu. 

Kurang manis, kurang sensitif, kurang minat. Itu yang dikatakan oleh Altimet mengenai isu tersebut. Ciapan Altimet itu mendapat lebih 3,000 ulang ciapan dan ramai yang bersetuju dengan Altimet. Bagaimanapun, ada juga yang kurang bersetuju dan menyatakan doktor tersebut hanya menyatakan keadaan sebenar di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tidak bermaksud untuk bergurau tentang kematian pesakit. 

Dalam pada itu, meninjau Twitter milik doktor itu pula, beliau ada mengeluarkan kenyataannya berhubung isu yang terpalit pada dirinya itu. Menurut doktor tersebut, kematian bukanlah perkara yang beliau akan jadikan bahan gurauan. Beliau juga berterima kasih terhadap wargamaya yang memahami maksud sebenarnya dalam ciapan asal. Jadi menurut wargamaya yang tidak setuju dengan kecaman yang diterima doktor tersebut menyatakan isu ini hanyalah salah faham.

Baca juga: Otak Ligat Berfikir Semasa Mandi? Ini Sebabnya Kenapa Kita Ada ‘Shower Thoughts’

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.