Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Intan Ladyana Tangguh Majlis Resepsi & Honeymoon Di Rumah

today6 February 2021

Background

Terdahulu kecoh dengan berita pelakon jelita Intan Ladyana menjalinkan hubungan dengan pelakon muda, Harris Alif. Berita itu menjadi lebih hangat lagi apabila jarak umur antara mereka adalah 17 tahun.

Kalau dah jodoh tak ke mana, akhirnya mereka berdua disatukan dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), pada jam 10 pagi semalam.

May be an image of 2 people, people standing, headscarf and indoor

Menurut Harris, dia meluahkan rasa lega majlis nikahnya sudah pun selesai walaupun terpaksa menginjak tarikh pernikahan sehari awal daripada tarikh yang dirancang.

Apabila ditanya soalan cliche ke mana tempat berbulan madu, pasangan itu terpaksa menangguhkan percutian dan berbulan madu di rumah sahaja.

β€œPerasaan tentunya terasa sikit ralat tapi apa yang pasti bila keadaan kembali seperti sedia kala barulah rancang untuk pergi, jadi buat masa ini duduk sahajalah di rumah,” jelas Harris.

Bagaimanapun, mengikut perancangan awal, pasangan ini turut mendapat tajaan lebih RM13.5 juta untuk beberapa majlis yang sepatutnya dilangsungkan termasuk malam berinai, majlis pernikahan, resepi dan majlis bertandang.

Apa pun, pihak Kool FM mengucapkan tahniah buat mereka berdua dan semoga kekal hingga ke jannah!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Kerana Covid-19 Kami Disatukan.” -Pengantin Gayakan PPE Untuk Gambar Perkahwinan

“Kenapa Tak Beritahu Awal-Awal?” – Caprice Lontar Pendapat Isu Misi Bantuan Ebit Lew Dihentikan

 

 

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *