Connect with us

Hiburan

“Ini Semuanya Kesan Covid” – Ashraf Muslim Kongsi Pengalaman Otot Kecut Selepas Jangkitan Virus Covid-19

Baru-baru ini Ashraf kongsikan bahawa walaupun dia telah sembuh dari dijangkiti Covid-19, kesan sampingan akibat virus tersebut masih dapat dirasainya.

Published

on

Pelakon, Ashraf Muslim pernah disahkan positif Covid-19 pada 12 April yang lalu sekembalinya dia dari penggambaran drama bersiri, Demi yang berjalan di Scotland. Dia akui sedih dan rasa bersalah terhadap keluarga dan rakan-rakan yang terpaksa melalui proses yang menyakitkan hanya kerana mereka adalah kontak rapat kepada dirinya.

Ashraf juga terpaksa ditempatkan di pusat kuarantin bersama pesakit Covid-19 yang lain sehingga hampir sebulan. Pada 9 Mei barulah dia dibenarkan pulang ke rumah selapas didapati sembuh. Namun, baru-baru ini Ashraf kongsikan bahawa walaupun dia telah sembuh dari dijangkiti Covid-19, kesan sampingan akibat virus tersebut masih dapat dirasainya.

Baca juga: COVID-19: Ashraf sedia dikuarantin sekembali dari Scotland

Katanya, selepas dia dijangkiti virus membunuh ini, sendi-sendinya kerap terasa sakit. Sehingga hari ini, dia telah beberapa kali berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan untuk sendi seperti yang terbaru di bahu dan siku.

Ashraf maklumkan di laman Instagram miliknya bahawa otot mengecut adalah salah satu kesan daripada jangkitan Covid-19. Virus ini masuk ke dalam buluh darah dan ia tersebar ke seluruh badan. Walaupun seseorang itu telah disahkan negatif namun kesan sampingannya masih akan ada di dalam badan. Itulah yang membuatkan virus ini berbahaya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim)

Tambah Ashraf lagi, dia adalah seorang yang aktif dan selalu bersukan jadi memang banyak kecederaan pernah terjadi. Itu juga mungkin salah satu faktor mengapa virus ini senang untuk menyerang tempat-tempat yang pernah tercedera itu. Lagi satu mungkin juga ia berkaitan dengan faktor umur.

Meninjau ke ruangan komen, ramai juga yang berkongsikan pengalaman ‘post infection‘ mereka dan keluarga. Mereka akui memang sendi akan terasa lenguh dan sakit. Ternyata kesan virus Covid-19 bukan sahaja ada semasa ia menyerang tetapi juga selepas daripada itu.

Siapa sahaja yang mahu sakit kan? Perit rasanya menanggung sakit dalam waktu yang lama. Oleh itu, cubalah sedaya upaya untuk lindung diri kita dan juga keluarga daripada dijangkiti virus ini. Sentiasa patuhi SOP kerana kita masih belum menang. Apu pun, kita doakan agar rakyat di negara ini sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.

Baca juga: “Bo**h Dan Memalukan..” –  Ketawa Gembira Ahli Keluarga Positif Covid-19, Chef Wan Tempelak Gadis Ini

Sumber: Ashraf Muslim

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.