Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Hey Sayang, Setahun Yang Memeritkan Tapi Kami Okay,” – BCL

today19 February 2021

Background

Kehilangan orang tersayang buat selamanya memang sangat sukar untuk ditelan tapi itulah fitrah alam, yang hidup pasti akan mati. Semalam, genap setahun pemergian suami tercinta, Bunga Citra Lestari (BCL) iaitu Ashraf Sinclair.

Jika anda pengikut setia BCL, pasti anda mengikuti kesemua video tentang dirinya yang cuba melangkah ke depan dengan perit-jerih. Kini, apa yang boleh dilakukan adalah dia perlu meneruskan hidup walau apa jua mendatang.

No photo description available.

Begitulah apa yang diluahkan menerusi posting akaun Instagram miliknya. Menurutnya, setahun melangkah kehidupan tanpa suami tercinta disisinya, bukan perkara mudah tapi mereka tetap baik-baik saja.

“Jangan risaukan kami di sini. Harap kamu ada kehidupan yang jauh lebih baik di sana. Kami rindukan awak,” tulisnya ringkas tapi mampu menyentuh dasar lubuk hati pengikutnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

Semoga Noah membesar menjadi pelindung kepada BCL seperti mana ayahnya lakukan.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

BCL Ditegur Doktor Kerana Lakukan Swab Test Sendiri

Ibu Ashraf Sinclair Pulang Ke Malaysia Setelah 3 Bulan Temani BCL Di Jakarta

 

 

 

 

Sumber: Instagram

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Gaya Hidup

Malaysia Bakal Nikmati Teknologi 5G Menjelang Hujung Tahun Ini

Inisiatif pertama akan membabitkan pelaburan sejumlah RM21 bilion sepanjang lima tahun melalui projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk memantapkan kesalinghubungan sedia ada.Prasarana kedua katanya, sejumlah RM1.65 bilion akan dilaburkan beberapa syarikat telekomunikasi untuk memantapkan sambungan ke jaringan kabel dasar laut antarabangsa sehingga 2023."Ini akan membuka ruang untuk pemindahan data antarabangsa yang lebih cepat dan stabil, sekali gus menurunkan kos internet kepada... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today19 February 2021