Connect with us

Hiburan

“Happy Betul Mama” – Reaksi Ibu Sweet Qismina Sepanjang Proses Vaksin Buat Wargamaya Turut Seronok

Comel sangat teletah ibu Sweet ni.

Published

on

Umum tahu negara kini sedang menyasarkan untuk memberi vaksin kepada rakyat dengan lebih aggresif iaitu lebih banyak dos akan diberikan kepada rakyat dalam jangka waktu yang telah dirancang dan ditetapkan. Kini, lebih ramai rakyat sudah pun mendapat vaksin dos yang kedua terutamanya warga emas kerana mereka adalah antara golongan yang berisiko tinggi dijangkiti virus Covid-19.

Baca juga: “Sebenarnya Saya Takut…” –  Akui Dulu Anti-Vaksin, Aedy Ashraf Akhirnya Suntik Vaksin

Terbaru, ibu kepada pelakon Sweet Qismina berjaya mendapatkan vaksin dos keduanya di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), KLCC. Sweet ada merakamkan video kerana ingin melihat reaksi ibunya sepanjang perjalanan mendapatkan vaksinasi dan berkongsikannya di laman Instagram.

Melihat kepada video yang dikongsikan, ibu Sweet nampak gembira betul nak dapat vaksin berbeza dengan reaksi kebanyakkan yang agak gementar barangkali kerana takut dengan jarum. Sweet pun tak sangka ibunya begitu riang sehingga dia pun tak berhenti gelak melihat reaksi ibunya.

Menerusi perkongsian Sweet, dia bersyukur kerana ibunya masih sihat dan tidak menerima sebarang kesan sampingan daripada suntikan vaksin yang diambil. Sweet turut berkongsikan beberapa tips ketika ingin mengambil vaksin di PPV bersama pengikutnya.

Antara tips yang dikongsikan adalah untuk sentiasa sediakan kad pengenalan dan buka aplikasi My Sejahtera dari awal supaya tidak kelam-kabut sepanjang proses mendapatkan vaksinasi. Selain itu, Sweet juga berkata bahawa setiap petugas yang bertugas di PPV semuanya positif dan bersikap tenang. Oleh itu, Sweet sempat berpesan bagi sesiapa yang bakal mendapatkan suntikan vaksin untuk kekal berfikiran baik.

Meninjau ke ruangan balas, rata-rata seronok melihat reaksi ibu Sweet yang riang dan tenang sahaja. Comel sangat teletah ibu Sweet ni. Apa pun kita doakan agar urusan Sweet sekeluarga dipermudahkan dan agar ibu Sweet kekal sihat sentiasa.

Baca juga: “Ini Cara Legend Ambil Vaksin” –  Aksi Amy Search Menyanyi Sewaktu Suntik Vaksin Buat Ramai Teruja

Sumber: Sweet Qismina

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di