Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Hantar Nota Minta Jiran Tutup WiFi Kerana Isteri Mengandung, Lelaki Ini Terima Nota Balas ‘Ganas’

today3 February 2021

Background

Memang biasa seorang suami yang risaukan keselamatan isteri yang sedang mengandung sehingga sanggup melakukan apa sahaja asalkan si isteri selamat. Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki di Beijing, China yang menghantar nota kepada jirannya untuk mematikan WiFi rumah.

“Hello! Saya jiran kamu dari unit 301 yang tinggal di aras bawah. Isteri saya hamil dan bimbang dengan bahaya radiasi daripada sambungan Internet menerusi jaringan tanpa wayar (WiFi).” tulis lelaki tersebut dalam notanya.

Kerana percaya akan radiasi yang dikeluarkan oleh WiFi boleh mengundang bahaya terhadap isterinya yang sedang hamil serta bayi di dalam kandungan, lelaki tersebut meminta kerjasama daripada jiranya itu untuk mematikan WiFi.

Image via:https://mothership.sg/

Dengan harapan permintaannya itu dapat ditunaikan, namun jiranya itu tidak menghiraukan permintaannya itu. Sebaliknya jirannya membalas dengan sarkastik dan turut mencadangkan lelaki terbabit supaya berpindah.

“Hi pak cik, saya perlu menghadiri kelas secara dalam talian pada siang hari, manakala bapa saya bekerja sebelah malam. Kami tidak dapat menutup sambungan WiFi di rumah. Jadi, kamu boleh berpindah dari sini, bila-bila masa,” demikian balasan diterima lelaki berkenaan daripada jirannya.

Memang amat mengejutkan nota balas daripada jirannya itu dan dilihat sedikit β€˜ganas’ sehingga meminta lelaki terbabit pindah daripada situ. Kisah itu mendapat perhatian warganet selepas tular di laman sosial dan rata-ratanya terhibur dengan tindakan berani lelaki terbabit serta jawapan balas diterima daripada jirannya.

Image via:https://mothership.sg/

Dalam pada itu, rasanya semua perlu tahu bahawa tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan adanya kesan negatif WiFi terhadap kesihatan. Menurut seorang profesor biokejuruteraan dari University of Pennsylvania, tahap gelombang radio WiFi adalah di bawah had yang selamat. Jadi, anda juga tidak perlu risau dan janganlah pula minta jiran matikan WiFi mereka. Kasihan anak-anak nak buat online class di rumah.Β 

 

Baca juga artikel menarik lain:

[VIDEO] Polis Ini Ajar Cara Semak Penjual Atas Talian, Elak Jadi Mangsa Scam Pembelian Online

Lelaki Dijangkiti COVID-19 Berdepan Risiko Masalah Mati Pucuk? Ini Penjelasan Pakar…

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro & Mothership

Written by: Hamka Rosli


Previous post

3879171

Sukan

FA Thailand Jalin Kerjasama Dengan FA UAE Kembangkan Industri Bola Sepak

Beberapa hari lalu, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mengumumkan telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Persatuan Bola Sepak Emiriah Arab Bersatu (UAEFA) untuk kerjasama masa depan antara kedua-dua badan induk itu.Majlis tandatangani MoU disempurnakan secara dalam talian oleh Presiden FAT, Somyot Poompunmuang bersama Presiden UAE FA ,Sheikh Rashid Humaid Al Nuaimi semasa sidang video. ΰΈͺΰΈ‘ΰΈ²ΰΈ„ΰΈ‘ΰΈ― ΰΈ₯ΰΈ‡ΰΈ™ΰΈ²ΰΈ‘ MOU ΰΈͺ.บอΰΈ₯ ΰΈ’ΰΈΉΰΉ€ΰΈ­ΰΈ­ΰΈ΅... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today3 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *